Program Ahlan Ya Wasahlan Ya Ramadhan POLYCC 2024 di Kampung Bahagia Kangar

3 Mac 2024 (Ahad) telah berlangsungnya Majlis Program Ahlan Ya Wasahlan Ya Ramadhan POLYCC 2024 di Kampung Bahagia Kangar Perlis

Program telah dianjurkan oleh Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dengan kerjasama  JPPKK dan Puspanita Caw.Kecil JPPKK. Tujuan utama program ini adalah untuk menyampaikan sumbangan kepada komuniti setempat di Kampung Bahagia Kangar Perlis.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh  Dr. Hj. Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah JPPKK. Turut sama hadir ke program ini adalah Pn. Hjh Hafidzah binti Ahmad Abas, Setiausaha Puspanita Caw. Kecil JPPKK.

Terima kasih diucapkan kepada Puspanita Caw. kecil JPPKK atas kerjasama dan kepercayaan kepada Puspanita PTSS   bagi melaksanakan program tersebut. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan bagi membantu komuniti setempat sebelum bulan Ramadhan menjelma.

Terdapat beberapa progam telah berlangsung seperti program rewang,  pemantapan keusahawanan,  program Plogging 1000 langkah, Kayuhan Angin Timur POLYCC  dan jamuan kenduri bersama komuniti.