aktiviti

TAHUN 2023

CTVETRiLS'23  (Conference on TVET Research and Innovation In Logistics and Social Sciences 2023) merupakan persidangan  penyelidikan dan inovasi yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan menyediakan  platform kepada warga Politeknik dan Kolej Komuniti JPPKK secara khususnya dan juga kesinambungan daripada Teras 6 di dalam Pelan Strategik (2019-2025) yang memberi fokus kepada “Membudaya Penyelidikan Gunaan dan Inovasi” yang menggalakkan warga JPPKK melibatkan diri dengan aktif di dalam aktiviti penulisan, penyelidikan dan inovasi. 

PSP's Research Digest 2023

UPIK PSP akan menerbitkan PSP's Research Digest Volume 14 Tahun 2023. Sehubungan itu, ahli akademik, penyelidik dan warga PSP adalah dipelawa untuk menyertainya di mana penyertaan adalah percuma. 15 artikel yang berjaya diterbitkan akan menerima senaskah PSP's Research Digest Volume 14 Tahun 2023. Penulisan boleh ditulis sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

PERISA'23

Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET 2023 (PERISA ’23) adalah salah satu usaha penting untuk membudayakan aktiviti penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga pendidik institusi TVET di Malaysia. Pertandingan yang menjadi aktiviti tahunan ini, dilihat mampu menjadi penggerak dalam menggalakkan perlaksanaan aktiviti penyelidikan dan inovasi, pengembangan idea dan produk yang dihasilkan mampu bersaing ke peringkat yang lebih tinggi. 

KIK Horizon Baharu 2023

Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu (HB) 2023 bakal berlangsung di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dari 25 hingga 27 September 2023. Konvensyen KIK HB JPPKK 2023 merupakan salah satu platform bagi para pegawai di Politeknik dan Kolej Komuniti untuk menggunakan pendekatan baharu dan berbeza dalam melaksanakan sesuatu dasar atau perkhidmatan. Bagi memastikan hasil aktiviti KIK dapat dimanfaatkan, setiap kumpulan perlu sentiasa menambah baik pengurusan KIK agar pelaksanaannya memenuhi konsep Cepat, Tepat, Integriti – Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi (CTI–PCI) serta menyokong Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS), prinsip Inovasi Nilai (Value Innovation) dan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA).