PolyCCSkills 2024
PSP RAIH 1 PERAK DAN 1 GANGSA DALAM POLYCCSKILLS 2024
Pasukan PolyCCSkills PSP berjaya meraih 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa dalam Pertandingan PolyCCSkills 2024 bertempat di Politeknik Ungku Omar dan Perak dan Politeknik Sultan Azlan Shah.
Pertandingan POLYCCSkills ini bagi memilih wakil pelajar Politeknik dan kolej komuniti yang berpotensi untuk mewakili POLYCC ke World Skills Malaysia Belia (WSMB).
Pertandingan kali ini lebih mencabar kerana ia menggabungkan semua Politeknik dan Kolej Komuniti. Pasukan PSP telah menghantar penyertaan untuk 7 bidang iaitu Drone Technology, Accounting, Mechanical CAD, Additive Manufacturing, Freight Forwarding, IT Software Solution for Business dan Electronics.
Keputusan Penuh:
Pingat Perak
Peserta: Som Phanikfhan a/p Lim Ooi Hing
Jurulatih: Cik Danizah binti Che Din
Bidang: Accounting
Pingat Gangsa
Peserta: Chua Hang Xun
Jurulatih: Ts. Md Najip bin Talibin
Bidang: Mechanical Engineering CAD
Keratan Akhbar The Star
Keratan akhbar The Star 26 Jun 2024, hasil penulisan pensyarah POLITEKNIK SEBERANG PERAI Encik Mariappen a/l Gopalakrishnan dan Puan Gyatri Kandaiah berkenaan mengingtegrasikan STEM dalam TVET.
INNOFEST’24
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pensyarah-pensyarah daripada Politeknik Seberang Perai kerana telah berjaya meraih beberapa anugerah dalam INTERNATIONAL INNOVATION FESTIVAL 2024 (INNOFEST’24) yang berlangsung secara maya anjuran Politeknik Negeri Samarinda dengan kerjasama Politeknik Sandakan, Sabah pada 29 hingga 30 April 2024.
Anugerah Inovasi yang dimenangi oleh team PSP:
𝟮 𝗚𝗢𝗟𝗗
Pelbagai Saiz Soket bagi Aci Engkol Tangan
Kajian Kes Pengurusan Lean di Politeknik Seberang Perai: Aplikasi Mudah Alih eISO PSP
𝟯 𝗦𝗜𝗟𝗩𝗘𝗥
A Study of The Effectiveness of the Smart Excel Application (Mypoly Audit) in the Teaching and Learning Process at Polytechnic Malaysia & UiTM
Iot-Based Rotary Shoes Dryer
The Development of the Four Strokes Engine Educational Kit using Additive Manufacturing
𝟯 𝗕𝗥𝗢𝗡𝗭𝗘
Turning Food Waste into Treasure by the Ferty-Thong Innovation Project
Nearpod Turbo L&R: Interactive Learning Platform for Logistics and Supply Chain Management
Penggunaan Indexing Head Kit dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Kursus DJJ10033 Workshop Technology
Creative Innovation Idea Competition 2024 (ICIIC’24)
Setinggi- tinggi tahniah diucapkan kepada pensyarah Jabatan Perdagangan POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP) iaitu:
1) Puan Sharipah Khadijah binti S.Hashim
2) Puan Wan Nor Asniza binti Arshad
3) Cik Kanchana Kannan
yang telah meraih PINGAT EMAS bagi Kategori A Professional melalui Projek Inovasi DPL Interactive Hub dalam International Creative Innovation Idea Competition 2024 (ICIIC’24) yang berlangsung pada 31 Januari 2024.
RISE 2024
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan inovasi yg terdiri daripada penyelidik UiTM Melaka, UiTM Pulau Pinang, UniMAP dan POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP) kerana berjaya memenangi anugerah khas dan Emas di International Research and Innovation Symposium Competition (RISE 2024) bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
PSP diwakili oleh Encik Amri bin Sulong, Pensyarah daripada Jabatan Perdagangan.
KIKHB Peringkat Politeknik Seberang Perai Tahun 2024
Jawatankuasa Induk Kumpulan Inovasi Dan Kreatif (KIK) Politeknik Seberang Perai PSP telah mengadakan Konvensyen Horizon Baharu Kumpulan Inovasi dan Kreatif Peringkat Politeknik Seberang Perai pada 20 Jun 2024.
Konvensyen tersebut menyaksikan enam kumpulan yang mewakili setiap jabatan yang telah menunjukkan kehebatan mereka dalam bidang inovasi dan kreatif; mereka adalah MantIQ (JKM), The ComEx (JP), The Innotech (JKE dan Unit Sokongan), The +ve (JTMK), The Trio (JMSK) dan DiVeRS Dynamos (JPA).
International Logistics Symposium 2024 (ILS 2024)
Politeknik Seberang Perai telah menjadi JOHAN dalam International Logistics Quiz Championship 2024 mengalahkan 7 institusi lain termasuk Universiti dan Institusi antarabangsa.
Kejohanan tersebut diadakan bersempena International Logistics Symposium 2024 (ILS 2024) dan Logistics Industrial Forum 2024 (ILF 2024)" bertempat di The Ship Campus, Batu Kawan. Team PSP daripada program Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan (DLS) membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM 1000. Mereka ialah Liza binti Steven, Nur Sabrina binti Supian, Pavithara a/p Ganasen, Kuggen a/l Parasuraman dan Nurul Syafiqa binti Baidrulhisam.
Tahniah juga diucapkan kepada pensyarah yang menjadi mentor iaitu Puan Sharipah Khadijah binti S.Hashim dan Puan Hasnieza binti Mokhtar.
iCompEx23
Pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Seberang Perai yang telah berjaya meraih Gold Medal dalam Innovation and Invention Competition through Exhibition (iCompEx) 2023 anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (PoliMAS) yang telah berlangsung 5 hingga 6 Julai 2023.
iTeLIC2023
2 orang pensyarah Jabatan Pengajian Am dan seorang pensyarah Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai yang telah memenangi pingat Gangsa dalam International Teaching Enhancement & Learning Innovation Carnival 2023 (iTeLIC2023) anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
WorldSkills Malaysia Pengajar 2023
2 orang pensyarah PSP iaitu Puan Nurhidayah binti Mokhtar (JTMK) dan Encik Zulkifli bin Bakar (JKM) telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir untuk pertandingan WorldSkill Malaysia Pengajar (WSMP) 2023 bagi bidang Mobile Application Development dan Additive Manufacturing .
WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2023
2 orang pelajar JTMK, PSP telah layak ke Peringkat Akhir WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2023 bagi bidang Web Design and Development iaitu:
1. Gurmit Singh A/L Gurnam Singh
2. James Khor Xuan Hao
Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2023
Pensyarah dan pelajar Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan, Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai yang telah berjaya meraih Pingat Emas dan Perak dalam Pertandingan Inovasi sempena Seminar Penyelidikan Kebangsaan 2023 (INO-SPK 2023) anjuran UPSI.
PolySkills2022
PolySkills merupakan suatu jenama yang menaungi aktivitI pertandingan kemahiran WorldSkills Malaysia di peringkat Politeknik Malaysia bertujuan untuk melengkapkan dan mempertingkatkan kemahiran pelajar politeknik agar menepati keperluan industri melalui standard antarabangsa. Seorang pelajar PSP telah berjaya merangkul pingat perak bagi bidang Web Design and Development untuk PolySkills2022 dan 2 orang pelajar JTMK PSP layak ke Pra-Kelayakan WorldSkills Malaysia Belia 2023.