Para penyelidik dari Politeknik Seberang Perai perlu membuat permohonan sebelum menjalankan penyelidikan/ kajian dengan mengisi Borang Permohonan Menjalankan Penyelidikan melalui pautan:
https://forms.gle/6YKYWAH5HtYm5W4g9
Berikut merupakan maklumat yang diperlukan oleh setiap pemohon:
Tajuk Penyelidikan / Kajian
Borang Lampiran A (Borang Maklumat Penyelidikan)
Proposal Penyelidikan / Kajian
Sukacita dimaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2025 di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) mulai 2 Januari 2025 sehingga 28 Februari 2025.
Permohonan ini adalah terbuka kepada kakitangan akademik di Universiti Awam dan Universiti Swasta (termasuk Kolej Universiti Swasta). Walau bagaimanapun penyelidik daripada Institusi Penyelidikan (RI), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) boleh terlibat sebagai Penyelidik Bersama.
Penyelidik diingatkan agar mengemaskini dan melengkapkan Profil Penyelidik di dalam sistem MyGRANTS dan disahkan oleh RMC melalui Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS) yang boleh dicapai di pautan https://mygrants.gov.my. Garis Panduan FRGS (Pindaan Tahun 2025) boleh dirujuk dan dimuat turun di portal MyGRANTS.
Penyelidik yang berminat untuk menjadi Penyelidik Bersama boleh berhubung dan berkolaborasi dengan kakitangan akademik Universiti Awam dan Universiti Swasta untuk permohonan FRGS Tahun 2025. Sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Sekretariat Permohonan FRGS, Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT (BKPI) di talian 03-88706974 / 03-88706975.
Sukacita dimaklumkan Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menawarkan Geran Penyelidikan Gunaan Trans-Tech 4TVET (Transfer Technology IR 4.0) bagi Geran TVET Applied Innovation Grant Scheme (T-AIGS) Fasa 3/2025.
Pemohon yang berminat perlu membuat permohonan melalui sistem tvetGRANTs dipautan https://app.mypolycc.edu.my/tvetgrants atau boleh imbas kod QR. Tarikh tutup permohonan pada 16 Disember 2024 (Isnin) jam 5.00 petang. Syarat-syarat permohonan bagi geran T-AIGS boleh dirujuk dalam Garis Panduan yang tertera dalam sistem tvetGRANTs.
Tawaran Pendaftaran Pengurusan Harta Intelek melalui peruntukan OS39000 - Aset Tak Ketara Bil 1/2024 bagi politeknik dan kolej komuniti kini DIBUKA. Permohonan tersebut melibatkan pendaftaran seperti berikut:
Pendaftaran baharu Harta Intelek (Hak Cipta/ Cap Dagang/ Reka Bentuk Perindustrian) - Bagi produk baru yang dihasilkan;
Pendaftaran Paten/UI (Proses Substantive)
Permohonan adalah melalui pautan berikut: https://shorturl.at/lnO79
Tarikh TUTUP permohonan pada 29 Januari 2024 (ISNIN).
Permohonan ini dibuka kepada produk inovasi/perkhidmatan pensyarah dan pelajar yang TIDAK MEMOHON mana-mana DANA/GERAN atau peruntukan lain.
Permohonan ini akan menjalani sesi pitching bagi produk inovasi/perkhidmatan yang ingin didaftarkan harta intelek.
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menawarkan Dana Pemfailan Harta Intelek 2024 bagi memberi perlindungan harta intelek (IP) bermula Januari 2024 sehingga 31 Mei 2024 atau sehingga kuota penuh. Berikut merupakan komponen jenis IP yang boleh dipohon:
Cap Dagangan (Trademark)
Paten (Patent)
Rekabentuk Perindustrian (Industrial Design)
Hak Cipta (Copyright)
Petunjuk Geografi (Geographical Indication)
Sehubungan itu, YBrs. Ts./Dr/Tuan/Puan boleh membuat permohonan dengan melayari https://www.myipo.gov.my/ms/dana-pemfailan-harta-intelek-dana-ip-2-0/#tab-257575. Permohonan ini terbuka kepada semua staf dan pelajar Politeknik. Sila rujuk poster yang dilampirkan.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan PPRN, Bahagian Dasar dan Penyelidikan akan membuka permohonan projek Public-Private Research Network (PPRN 2.0) bagi fasa 2/2024 seperti ketetapan berikut:
Tarikh buka permohonan: 13 Mei 2024
Tarikh Tutup JPPKK: 3 Jun 2024
(PPI perlu melaksanakan saringan permohonan sebelum hantar ke KPT)
Tarikh Tutup KPT: 14 Jun 2024
(Tarikh serahan permohonan projek oleh Pusat Pengurusan Projek PPRN JPPKK kepada KPT)
Kaedah permohonan:
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui melalui laman web rasmi PPRN: https://pprn.mohe.gov.my/ dan sistem PPRN.
Sistem ini merupakan pusat pengumpulan data penyelidikan, penerbitan, pembentangan, inovasi, harta intelek dan komersilan bagi Politeknik dan Kolej Komuniti. Sistem ini hanya boleh diakses oleh staf JPPKK, institusi Politeknik, institusi Kolej Komuniti dan pegawai yang memilih opsyen skim DH sahaja.
Turnitin ialah perisian pengesanan plagiarisme yang mengimbas hasil kerja penyelidikan/ penulisan/ penerbitan untuk semakan indeks persamaan (similarity index) dengan membandingkan hasil kerja dengan pangkalan data besar penyelidikan/ penulisan/ penerbitan dan bahan di Internet. Ia berupaya memberi pengetahuan kepada kita bagaimana untuk menggunakan sumber dan memupuk kesedaran tentang kemahiran memparafrasakan dan memetik petikan dari sumber agar dapat mengelakkan berlakunya plagiat. Justeru itu, untuk semakan menggunakan aplikasi Turnitin di Politeknik Seberang Perai, YBrs. Ts./Dr./Tuan/Puan boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:
UPIK – Ts. Md Najip bin Talibin
UPIK – Dr. Mohd Pahmi bin Saiman
JKM – Pn. Zurina binti Ahmad
JKE – Dr. Norsalina binti Hassan
JTMK – Pn. Norbahiah binti Zakaria
JP – Dr. Rohani binti M.M. Yusoff
JMSK – Dr. Nur Azilina binti Abdul Aziz
JPA – Ustaz Mohd Fahmi bin Md Yusop
Skim Geran Penyelidikan TVET (T-ARGS)
Geran penyelidikan ini bertujuan untuk melonjakkan penggunaan teori, konsep dan idea yang dapat menjadi pemangkin kepada penemuan baharu, seterusnya menerobos sempadan ilmu dalam penciptaan inovatif yang menjurus kepada bidang TVET.
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu menumpukan kepada kepada penciptaan nilai, penambahan nilai, pengurangan kos, perkhidmatan yang memenuhi aspirasi dan harapan rakyat serta berimpak tinggi. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Projek yang menyertai pertandingan hendaklah merupakan projek yang telah selesai dijalankan sebelum tarikh akhir penyerahan dokumen dokumentasi projek kepada pihak urus setia. Projek yang dipersembahkan mestilah belum pernah dipersembahkan dalam mana-mana Konvensyen KIK Negeri/ Kebangsaan (Sektor Awam) pada tahun-tahun sebelumnya. Projek yang dihasilkan mestilah merupakan projek yang terbaharu dan terkini.
i-Seminar merupakan sebuah laman yang dibina bagi mengurus, mengumpul serta membuat hebahan berkenaan penganjuran persidangan penyelidikan yang dianjurkan khusus di dalam sistem Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Seminar penyelidikan merujuk kepada persidangan, konvensyen, kolokium, forum, dan simposium yang tidak bersifat mesyuarat atau kursus yang dianjurkan oleh JPPKK. Seminar penyelidikan telah menjadi medium atau saluran penting untuk menyebarkan hasil penyelidikan terutama dalam kalangan pensyarah untuk dikongsi bersama. Melalui penganjuran seminar penyelidikan, aktiviti perkongsian pintar yang melibatkan penukaran dan aliran maklumat berlaku secara bebas. Para penyelidik dapat menyuarakan pandangan berdasarkan dapatan kajian yang kukuh kepada pihak-pihak berkepentingan dan pembuat dasar untuk diambil perhatian dalam penyelesaian sesuatu masalah berkaitan dengan pendidik.
Perbitan PSP terdiri daripada arkib berita, buku dan jurnal (PSP Research Digest), buletin, laporan dan himpunan keratan akbar yang disimpan untuk rujukan pelajar, staf dan pelawat.
Perpustakaan PSP memainkan peranan penting dalam menyediakan kemudahan untuk menyokong dan membantu penggunanya dalam proses penyelidikan, pembelajaran dan kajian.