carta organisasi
PERANAN JAWATANKUASA UPIK
Ketua Unit
Menyelaras, mengurus, menyelia, memantau dan mengorganisasikan hala tuju Unit.
Menambahbaik plan perancangan dan kerangka Unit.
Menetapkan KPI Unit dan memastikan KPI tercapai.
Pengurusan latihan berkaitan peningkatan kompetensi staf dalam penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.
Penyediaan dan pemantauan pelaksanaan semua aktiviti meliputi penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.
Penyelarasan pengurusan kewangan berkaitan unit dan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.
Setiausaha/ Penyelaras Web
Bertanggungjawab kepada Ketua Unit dalam bidang pengurusan unit.
Merancang agenda mesyuarat dan menyediakan surat/memo panggilan mesyuarat.
Mengedar surat/memo panggilan mesyuarat/ memanggil mesyuarat.
Mencatat minit mesyuarat.
Menyediakan minit mesyuarat.
Menguruskan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa induk.
Merancang bersama AJK segala aktiviti unit sepanjang tahun.
Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan unit.
Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dan dilaksnakan mengikut perancangan.
Pengemaskinian maklumat dalam laman web UPIK berkaitan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.
Penyelaras Inovasi dan Penyelidikan Jabatan
Menyediakan rundingan, nasihat dan khidmat sokongan yang diperlukan kepada PPPT dan staf bukan akademik yang merancang untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan.
Antara aktiviti perundingan, nasihat dan khidmat sokongan yang boleh dibekalkan adalah seperti berikut:
Penulisan termasuk format penulisan, teknik penulisan, penerbitan dan sebagainya.
Inovasi termasuk penulisan laporan, kajian eksperimen, permohonan geran dan sebagainya.
Pengkomersialan termasuk perancangan pengkomersialan, perjanjian dan sebagainya
Menyampaikan makluman berkaitan aktiviti UPIK di jabatan.
Membantu UPIK mengumpul maklumat pencapaian jabatan dalam bidang penyelidikan, inovasi dan komersil.
Membantu UPIK dan membantu jabatan dalam aktiviti penyelidikan, inovasi dan komersil
Pengemaskinian data berkaitan inovasi dan penyelidikan seterusnya disalurkan kepada Penyelaras Data.
Penyelaras Penerbitan
Pengeluaran jurnal/prosiding/e-jurnal/PSP Digest.
Perancangan aktiviti penyelidikan meliputi penganjuran persidangan (contoh: CTVETriLS) dan penerbitan ilmiah.
Penyelarasan KPI berkaitan penerbitan.
Pengemaskinian data berkaitan penerbitan bersama disalurkan kepada Penyelaras Data.
Penyelaras Geran
Penyelarasan hal ehwal urusan geran penyelidikan dari segi perancangan, permohonan dan laporan.
Pembangunan perancangan perniagaan (business development plan).
Penyelaras Harta Intelek/ Turnitin
Penyelarasan urusan berkaitan harta intelek.
Penyelarasan urusan semakan indeks persamaan (similarity index) menggunakan aplikasi Turnitin untuk penulisan dan bahan penerbitan ilmiah.
Pengurusan pelesenan teknologi.
Penyelaras Projek Pelajar
Penyelarasan dan pemantauan aktiviti projek akhir pelajar untuk semua jabatan akademik.
Pengenalpastian projek akhir pelajar yang berpotensi untuk tujuan pengkomersialan.
Pengenalpastian projek akhir pelajar yang terbaik untuk tujuan penganugerahan.
Penyelaras Polyskills
Merancang aktiviti tahunan dan aktiviti jangkamasa panjang bersama Penyelaras PolySkills Jabatan.
Berinteraksi bersama jurulatih-jurulatih untuk semua bidang sama ada di PSP atau Politeknik berlainan.
Mengurus latihan dan bajet kewangan bagi semua bidang.
Memastikan peserta yang terpilih untuk membuat pendaftaran ke PolySkills, Pra-Kelayakan WSMB dan WSMB,
Penyelaras Pengkomersialan
Pengenalpastian projek berpotensi daripada penyelidikan dan inovasi untuk tujuan pengkomersialan.
Memastikan urusan pengkomersialan dapat mencapai sasaran yang ditetapkan dalam PolyPMO dan lain-lain keperluan standard.
Penyelaras Data
Menyediakan platform khas pengumulan data/ laporan aktiviti Unit.
Menyediakan platform paparan data penyelidikan, inovasi dan komersil secara keseluruhan.
Menyediakan paparan rujukan iklan pembentangan pertandingan inovasi serta permohonan mengkomersialkan produk inovasi dalam dan luar negara.
Pengemaskinian data untuk sistem yang dibina atau digunapakai untuk tujuan APPAC.
Pengumpulan data berkaitan staf sama ada dalam penyelidikan atau inovasi secara berkala bersama Jawatankuasa Inovasi dan Penyelidikan Jabatan.
Penyelaras KIK
Menyelaras dan merancang idea inovatif dan kreatif daripada semua kumpulan yang dibentuk.
Membantu dalam memudahkan kerjasama dan kerjasama antara ahli pasukan untuk menjana idea baharu, menyelesaikan masalah dan membangunkan penyelesaian kreatif.
Mengenalpasti peluang baharu untuk inovasi dan kreativiti, sama ada dalam produk, perkhidmatan, proses atau bidang lain yang berkaitan dengan kumpulan atau pasukan.
Berkomunikasi dengan pihak berkepentingan dalaman dan luaran untuk berkongsi idea, projek dan hasil usaha inovatif.
Membantu dalam mengenal pasti dan memperuntukkan sumber yang diperlukan untuk menyokong projek inovatif, termasuk belanjawan, kakitangan dan kemudahan.
Menyokong pembangunan semua kumpulan dengan menyediakan latihan, bimbingan dan maklum balas yang berkaitan dengan inovasi dan kreativiti.
Membantu mewujudkan persekitaran yang menyokong kreativiti, termasuk menggalakkan kerjasama, berfikir di luar kotak, dan mewujudkan suasana yang merangsang inovasi.