PROGRAM / AKTIVITI KOLABORASI BERSAMA PSAS-UKM
Feel free to visit our FB page
PROGRAM / AKTIVITI KOLABORASI BERSAMA PSAS-UKM
PROGRAM KURSUS PENYEDIAAN PROPOSAL BERIMPAK TINGGI
01 FEBUARI 2024
PUSAT PEMBUDAYAAN STEM, UKM
PENGARAH PROGRAM :
Seramai 12 orang pensyarah JMSK PSAS telah menghadiri Kursus Penyediaan Proposal Berimpak Tinggi bertempat di Pusat Kajian Pembudayaan STEM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sesi dimulakan dengan pengenalan penceramah oleh Professor Ts. Dr. Mohammad Sattar Rasul berkenaan STEM UKM. Diikuti dengan ucapan penghargaan daripada Ketua Jabatan JMSK PSAS Puan Normazana Binti Ismail kepada pihak STEM UKM yang sudi menerima kehadiran pensyarah JMSK.
Kursus bermula dengan sesi perkongsian proposal terbaik daripada Prof.Ts. Dr Mohamad Sattar beserta isi kandungan yang perlu disediakan.Kemudian sesi diteruskan oleh Puan Suhana selaku Pengurus Unit Stem JMSK membuat pembentangan proposal STEM. Prof Sattar telah memberi komen dan cadangan pembaikan proposal tersebut bagi menjadikan ia lebih menarik dan berimpak tinggi.
Sesi kursus seterusnya membawa semua pensyarah JMSK yang hadir ke Akademia Siber Teknopolis, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Di sini peserta kursus diberi pendedahan berkenaan pembangunan inovasi dan penyelidikan STEM melalui pencetak 3D.
Peserta kursus meneruskan aktiviti sesi 'learn from each other' & 'hack presentation' hasil pembentangan En Zaril selaku pengurus Taman Eko Pelajaran PSAS. Penglibatan bersama Dr Halim Bin Haji Razali selaku Research Fellow dari Institut Penyelidikan Tenaga Suria atau Solar Energy Research Institute (SERI) UKM. Hasilnya sangat memberangsangkan dimana cadangan proposal ini boleh ditambahbaik seperti proposal STEM.
Terima kasih Pusat Kajian Pembudayaan STEM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sudi menerima kunjungan kami dan memberi buah fikiran yang bernas.