Feel free to visit our FB page
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) adalah salah sebuah jabatan akademik sokongan terdapat di Politeknik Sultan Azlan Shah. Jabatan ini bertanggungjawab mengendalikan pengajaran dan pembelajaran modul-modul berkaitan Matematik, Sains Kejuruteraan dan Pengkomputeran.
JMSK dianggotai oleh Ketua Jabatan, 2 orang Ketua Kursus iaitu Ketua Kursus Matematik dan Ketua Kursus Sains dan Komputer, 25 orang pensyarah yang terdiri daripada pelbagai bidang akademik seperti Matematik, Sains Gunaan, Fizik Komputeran & Elektronik, Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Sistem Cerdas, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Pengurusan Pembinaan, Sains Geoinformatik, Teknologi Perabot dan dibantu oleh 1 orang Pembantu Makmal dalam menguruskan hal-hal berkaitan penggunaan dan pengurusan makmal serta 1 orang Pembantu Operasi.
Dari segi infrastruktur, JMSK bertanggungjawab menguruskan makmal-makmal pengkomputeran dan juga makmal sains supaya boleh digunapakai oleh pensyarah dan juga pelajar daripada semua jabatan induk. Penggunaan makmal komputer dan juga makmal sains adalah mengikut jadual waktu yang telah dirancang.