KELAB STEM

Kelab STEM yang ditubuhkan oleh Jabatan Matematik, Sains, dan Komputer (JMSK) merupakan sebuah platform yang bertujuan untuk menggalakkan minat dan penglibatan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Kelab ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti berkaitan STEM secara lebih praktikal dan interaktif, di luar kelas. 

Kelab STEM juga adalah inisiatif yang bertujuan untuk memberikan sokongan kepada pelajar dalam menjelajah bidang STEM secara lebih mendalam, menyediakan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan untuk kerjaya masa depan serta memperkukuh penguasaan mereka dalam bidang ini.