SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING & MATHEMATICS
Feel free to visit our FB page
SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING & MATHEMATICS
STEM ialah singkatan bagi Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik. Ini merujuk kepada pendekatan pendidikan yang mengintegrasikan keempat-empat bidang ini dalam satu kurikulum yang saling berkait, berbanding mengajar subjek-subjek tersebut secara berasingan. Fokus utama STEM adalah pada pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah dunia sebenar.
Dengan perkembangan pesat dalam teknologi dan inovasi, pendidikan STEM menjadi semakin penting untuk melahirkan generasi yang bersedia menghadapi cabaran global.
Maksud bagi setiap komponen STEM:
Sains (Science) – Melibatkan kajian tentang alam semula jadi, dari aspek biologi, fizik, kimia, dan juga sains bumi.
Teknologi (Technology) – Berkaitan dengan inovasi, alat, dan sistem teknologi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah, seperti perisian komputer, aplikasi mudah alih, dan teknologi maklumat.
Kejuruteraan (Engineering) – Merangkumi reka bentuk dan pembangunan infrastruktur, mesin, dan sistem, serta bagaimana pengetahuan sains digunakan untuk mencipta penyelesaian teknikal.
Matematik (Mathematics) – Melibatkan kajian nombor, struktur, ruang, dan perubahan, dan digunakan sebagai asas untuk menyelesaikan masalah dalam semua bidang lain dalam STEM.
Tujuan utama pendekatan pendidikan STEM adalah untuk:
Mempersiapkan pelajar untuk kerjaya masa depan dalam bidang yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran teknikal.
Menggalakkan kreativiti, pemikiran kritis, dan penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar.
Membantu pelajar memahami aplikasi dunia sebenar bagi ilmu yang mereka pelajari dalam kelas.
JMSK PSAS telah memperkenalkan STEM kepada seluruh warga PSAS dan komuniti setempat bermula pada Mei 2020 yang dikenali sebagai Centre of Technology STEM atau lebih dikenali sebagai CoT STEM dan kini JMSK PSAS mula bergerak untuk membangunkan Pusat Tujahan STEM setelah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program STEM bersama industri, institusi, sekolah menengah, sekolah rendah serta komuniti setempat.
Pusat Tujahan STEM merujuk kepada sebuah pusat yang ditubuhkan dengan fokus untuk memperkukuh dan menggalakkan pendidikan serta penglibatan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).
Tujuan utama pusat ini adalah:
Memacu Pembangunan Kemahiran STEM – Menyediakan pelajar dan masyarakat dengan kemahiran dalam bidang STEM, yang amat penting dalam era digital dan industri 4.0.
Menggalakkan Pembelajaran dan Penyelidikan STEM – Meningkatkan minat pelajar dalam sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik melalui program pendidikan, penyelidikan, dan inovasi.
Membangunkan Modal Insan yang Kompetitif – Menyokong pembangunan tenaga kerja yang berpengetahuan tinggi dan berkemahiran teknikal, selaras dengan keperluan industri masa kini.
Memperkasa Pendidik dan Pelatih – Melaksanakan pelbagai kursus, latihan dan aktiviti STEM untuk pendidik, bagi memastikan mereka dapat menyampaikan pembelajaran STEM dengan berkesan dalam memperkasa pendidikan dan pembangunan dalam bidang STEM.
PROGRAM CSR STEM-Q BEGINNER FOR KIDS
11 JANUARI 2024
SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT AT TAQWA PROTON CITY
PENGARAH PROGRAM : PN. IFANIZA BINTI IBRAHIM
STEM-Q merupakan salah satu elemen yang berada di bawah kategori STEM yang menengahkan pendidikan Al-Quran. Di dalam STEM-Q, pelbagai bidang seperti sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dapat digabungkan dan dibangunkan bagi meningkatkan kefahaman Al-Quran itu sendiri.
Action Bound merupakan satu aplikasi digital yang digunakan untuk permainan pemburuan yang sangat interaktif untuk memimpin para pelajar menerokai pemgembaraan yang sedang mereka laksanakan. Penerokaan ini berasaskan multimedia iaitu “Bound”. Aplikasi ini secara keseluruhannya menambah realiti pengguna dengan meningkatkan interaksi kehidupan sebenar orang ramai sambil menggunakan telefon pintar dan tablet mereka. Cipta permainan sendiri berasaskan aplikasi, garis masa digital dengan menggunakan koordinat GPS dan kod-kod misteri. Di dalam program ini, aplikasi Action Bound digunakan bagi menarik minat peserta tentang pendidikan Al-Quran itu. Penerokaan menggunakan digital Action Bound dengan penerapan konteks Al-Quran menambah minat bidang ilmu kepada para peserta tentang Al-Quran. Malah dengan konsep ini, dapat mendekatkan lagi dengan para peserta dengan Al-Quran bahawa ianya lebih mudah untuk difahami, dihayati dan diamalkan setiap masa. Selain itu, intipati program ini dapat diselarikan dan seiring dengan Sustainable Development Goals (SDG) iaitu:
a) SDG 4: Quality Education (Pendidikan Berkualiti)
b) SDG 17 : Partnerships For The Goals (Kerjasama Demi Matlamat)
1.0 Program ini memberi tumpuan kepada kaedah pendidikan terutamanya di luar kelas. Dengan cara ini, para pelajar dapat menerapkan dan mengaplikasikan pembelajaran di dalam kelas dengan program yang dilaksanakan.
2.0 Melibatkan 23 orang pensyarah, 4 orang pelajar PSAS dan lebih kurang 13 orang asatizah SRAR At Taqwa Proton City telah dilantikan menjadi jawatankuasa pelaksana dan fasilitator.
3.0 Peserta program adalah terdiri daripada 67 orang pelajar tahun SRAR At Taqwa Proton City.
4.0 Melalui program ini, JMSK PSAS juga dapat menjalinkan kerjasama dengan SRAR At-Taqwa dalam mempromosikan Politeknik sekaligus menambah minat para pelajar tentang matapelajaran yang berkaitan dengan STEM.
5.0 Salah satu cara memperkenalkan dan menyebarluaskan STEM JMSK kepada komuniti setempat/luar serta berkolaborasi selari dengan SDG 17: Partnerships For the Goals.
6.0 Memberi pendedahan awal dalam membudayakan STEM melalui aktiviti pengembaraan STEM-Q seiring dengan SDG 4: Quality Education.
Add information about your project. You can include success metrics, timelines, and the latest updates. You can make a copy of the project page and link to it from here.
Add information about your project. You can include success metrics, timelines, and the latest updates. You can make a copy of the project page and link to it from here.
Add information about your project. You can include success metrics, timelines, and the latest updates. You can make a copy of the project page and link to it from here.