PENGENALAN JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
PENGENALAN JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Shah Alam terletak di Shah Alam, ibu negeri Selangor Darul Ehsan. Kedudukannya di lokasi strategik, ditambah dengan komitmen dan dedikasi warga kerjanya telah menjadikan PSA sebuah Politeknik dinamik, selari dengan kemajuan akademik dan pembangunan prasarana. Pertukaran nama Politeknik Shah Alam sempena nama Almarhum DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung ke XI yg telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor. Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 8 Mac 2002.
PSA yang sinonim dengan gelaran "Politeknik Super Active" di kalangan rakan seperjuangan telah mengorak langkah menjadi politeknik pertama mendapat persijilan MS ISO 9002:1994 dari SIRIM pada September 1999. Tahun 2002 menyaksikan kejayaan PSA membuat peralihan sistem kualiti kepada MS ISO 9001:2000.
Enam jabatan akademik PSA yang terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Matematik Sains & Komputer dan Jabatan Pengajian Am bersedia menawarkan kursus yang berkualiti melalui tenaga akademik profesional dan terlatih.Jabatan Kejuruteraan Mekanikal merupakan salah satu daripada enam jabatan akademik yang terdapat di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, telah mula beroperasi pada tahun 1997.
Sehingga kini Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) telah melahirkan lebih 4000 graduan, kesemuanya berjaya meluaskan sayap sehingga ke alam pekerjaan, bahkan ada juga yeng berjaya kembali bertugas sebagai tenaga pengajar di jabatan ini. Diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dan tiga orang Ketua program, jabatan ini telah berjaya dianugerahkan beberapa badan akreditasi seperti Engineering Technician Education Accredetation Standard (ETAC). Jabatan ini juga merupakan salah satu jabatan yang menawarkan program Sijil Penyenggaraan Mekanikal bagi pelajar istimewa.
PENERAJU JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dan disokong oleh tiga orang Ketua Program, jabatan ini digerakkan bersama 43 orang pensyarah berpengalaman lebih 10 tahun dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan. JKM menawarkan tiga program iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM), Diploma Kejuruteraan Meknikal (Pembungkusan) (DMP) dan Sijil Khas Penyenggaraan Mekanikal (KMK).
PENGURUSAN UTAMA JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
PROGRAM YANG DITAWARKAN
Terdapat tiga program yang ditawarkan dibawah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM), Diploma Kejuruteraan Meknikal (Pembungkusan) (DMP) dan Sijil Penyenggaraan Mekanikal (KMK).
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (DKM)
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL PEMBUNGKUSAN (DMP)
SIJIL KHAS PENYENGGARAAN MEKANIKAL (KMK)
MISI DAN VISI JABATAN
Penetapan visi dan misi disetiap organisasi adalah untuk menentukan halatuju organisasi berkenaan. Berikut adalah Visi dan Misi yang telah ditetapkan untuk Politeknik sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, yang perlu diketahui dan difahami oleh setiap pelajar semasa berada dalam sistem.
EDUCATIONAL GOAL
PRORAM AIM
PENCAPAIAN JABATAN
Dalam proses menghasilkan graduan berdaya saing dan holistik, beberapa usaha telah dilaksanakan untuk mendapatkan pengiktirafan dari beberapa agensi agar pelajar yang dihasilkan sentiasa memenuhi keperluan industri. Diantara badan yang telah menganugerahkan sijil adalah seperti berikut:
Standard & Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM)
Asia Pacific Accreditation, Certification and Commission (APASS)
National Institute of Occupational Safety and Health (NOISH)
Engineering Technology Accreditation Counsil (ETAC)
AKTIVITI KERJASAMA JABATAN BERSAMA INDUSTRI
Mechanical Innovation Competition Exhibition (MICE) melibatkan penilai dari industri luar untuk melahirkan produk yang menepati ciri - ciri produk yang sentiasa memenuhi keperluan industri dan pengguna.
Aktivitti sesi perkongsian bersama pihak industri dibuat untuk melihat kurikulum program agar seiring dengan keperluan industri. Ia aalah selaras dengan keperluan kementerian agar dapat melahirkan graduan yang sentiasa mempunyai pengetahuan seiring dengan perkembangan indsutri semasa di Malaysia.
Pihak pengurusan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa komited dalam melaksanakan lantikan Penasihat Industri dalam mambantu proses pembangunan kurikulum agar sentiasa relevan dan mampan untuk digunakan dari masa ke semasa. kerjasama ini penting untuk membentuk jaringan yang kuat agar graduan yang terhasil berdaya saing yang tinggi dan mempunyai daya tahan yang tinggi dalam menempuh alam pekerjaan.
SENARAI KERJASAMA JABATAN BERSAMA INDUSTRI
AKTIVITI BERSAMA JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
PERTANDINGAN KIMPALAM ARCA JKM 2024
LAWATAN PELAJAR SEKOLAH
Pihak jabatan sentiasa komited dalam berkongsi maklumat bersama bakal pelajar, dengan memberi ruang kepada bakal pelajar mengenali konsep pembelajaran dan asas process yang dilaksanakan bagi setiap program yang ditawarkan. Hampir setiap sesi kami menerima lawatan dari pelbagai latar belakanag sekolah, dan ianya menjadi kesediaan kami dalam memberi yang terbaik untuk semua bakap pelajar kami.
PERTANDINGAN PROJEK AKHIR (MICE JKM)
Mechanical Innovation Competition Exhibition (MICE) melibatkan penilai dari industri luar untuk melahirkan produk yang menepati ciri - ciri produk yang sentiasa memenuhi keperluan industri dan pengguna.
SEEDS@WAKAF JKM
Seeds@PSA diraikan dalam majlis pelancaran Bulan Wakaf Peringkat Negeri Selangor 2024. Didalam majlis tersebut program seeds@PSA telah menerima sumbangan wakaf fisabilillah dari Perbadanan Wakaf Selangor sebanyak RM42,000 bagi pembelian katil hospital.
Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof diringi oleh Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor Dato’ Hj Ibrahim bin Hj Md. Yusof. Majlis turut dihadiri syarikat-syarikat swasta yang merupakan penyumbang wakaf utama di selangor, badan-badan kerajaan negeri selangor dan wakil pelbagai institusi pendidikan yang menerima sumbangan fisabilillah termasuk beberapa sekolah terpilih.
Penyerahan cek Cura kepada Program Seeds@PSA telah diterima oleh En. Hashim, Pengerusi Koperasi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bersama ahli pengurusan Seeds yang mewakili Timbalan Pengarah PSA.
LOKASI KAMI