MAKLUMAT PROGRAM
MAKLUMAT PROGRAM
Program Sijil Khas Penyenggaraan Mekanikal (KMK) ini bertujuan menyediakan program sepenuh masa yang berteraskan latihan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal untuk pelajar berkeperluan khas (masalah pendengaran) selaras dengan Perakuan 169 di dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1996) untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, program ini juga direka bentuk mengikut Dasar Orang Kurang Upaya (OKU) (2016-2022) yang menekankan asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Ini adalah sejajar dengan Teras Strategi 3 iaitu meningkatkan akses OKU kepada pendidikan di semua peringkat, termasuk pendidikan sepanjang hayat. Program ini bercirikan demand-driven seiring dengan teknologi Revolusi Industri 4.0 (4IR) di mana Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 (Industry 4WRD, 2019-2025) sebagai polisi yang diguna pakai dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan di Malaysia. Ia mensasarkan pertambahan bilangan pekerja berkemahiran dalam sektor pembuatan daripada 18% ke 35% dalam tempoh 2018 hingga 2025. Laporan oleh PricewaterhouseCoopers Malaysia (PwC) 2018 turut menyatakan tenaga kerja berasaskan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan berkembang sehingga 7.98 juta pada tahun 2030. Justeru, dengan kerjasama serta penglibatan daripada semua pihak, Program Sijil Khas Penyenggaraan Mekanikal (KMK) dapat menghasilkan tenaga kerja separa mahir yang menepati keperluan industri dalam memenuhi keperluan pekerjaan negara di abad ke-21 dan 4IR.
Program Sijil Khas Penyenggaraan Mekanikal (KMK) mendedahkan pelajar kepada asas kejuruteraan mekanikal dalam aspek teori dan amali. Pelajar akan mengikuti kuliah, praktikal dan tutorial di dalam kelas dan bengkel. Program ini merangkumi kemahiran kimpalan, penyenggaraan penyaman udara dan penyenggaraan kenderaan ringan. Kandungan kursus meliputi Kimpalan Arka, Kimpalan Metal Inert Gas (MIG) dan Kimpalan Tungsten Inert Gas (TIG), Pemasangan dan Penyenggaraan Penyaman Udara, Penyenggaraan Kereta dan Motosikal, Permesinan, Lukisan Kejuruteraan, Lukisan Terbantu Komputer, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta kursus-kursus mata pelajaran umum dan elektif.
PROSPEK KERJAYA KMK
Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kemahiran mekanikal. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut:
PROGRAM EDUCATIONAL OBJECTIVE (PEO)
PROGRAM LEARNING OUTCOME (PLO)