Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat kemasukan minimum seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), iaitu:
Warganegara Malaysia; dan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
Matematik;
Satu (1) mata pelajaran Sains / Teknikal / Vokasional; dan
Satu (1) mata pelajaran lain;
Lulus Bahasa Inggeris; dan
Calon yang memiliki Sijil Kejuruteraan Mekanikal atau setaraf boleh dipertimbangkan untuk kemasukan terus ke semester yang lebih tinggi (mengikut kelayakan dan terma Politeknik).