HARTA MODAL YANG LAIN:
Objek Sebagai ini bertujuan merekodkan perbelanjaan untuk mendapatkan harta-harta modal termasuk pembaikan besar ke atasnya. Harta-harta modal ini mestilah selain daripada tanah, bangunan, kemudahan, kenderaan dan jentera. Juga termasuk ialah kos pemasangan dan kos alat-alat tambahan untuk harta modal yang berkenaan. Buku-buku teks dan bahan-bahan penerbitan yang lain untuk rujukan juga telah diberikan kod khusus 35104 yang hendaklah digunakan untuk merekod kos buku- buku dan bahan-bahan penerbitan yang lain untuk perpustakaan sahaja. Ini adalah berbeza daripada Objek Lanjut 27101 yang bertujuan merekod bekalan majalah-majalah, buku-buku dan bahan-bahan penerbitan yang lain untuk tujuan bacaan kakitangan di pejabat sendiri sahaja.
35000 Harta Modal Yang Lain
Tujuan – merekodkan perbelanjaan bagi mendapatkan semua harta modal termasuk pembaikan besar ke atasnya, selain daripada tanah (Kod 31000), bangunan (Kod 32000), kemudahan (Kod 33000), kenderaan dan jentera (Kod 34000). Harga belian adalah termasuk kos pengangkutan, pemasangan dan alat tambahan. Termasuk:
35100 Alat Kelengkapan Pejabat, Perabot dan Lengkapan dan Kumpulan Buku
35101 Alat Kelengkapan Pejabat
35102 Perabot dan Lengkapan Dari Kayu
35103 Perabot dan Lengkapan Dari Besi
35104 Buku Teks dan Bahan-bahan Penerbitan Lain Untuk Rujukan
35199 Perabot dan Lengkapan Lain
35200 Alat Kelengkapan Elektronik
35201 Komputer dan Alat Kelengkapan Prosesan Data Elektronik Yang Lain
35202 Alat Kelengkapan Kawalan Trafik Lapangan Terbang
35299 Alat Kelengkapan Elektronik Yang Lain
35300 Alat Kelengkapan Elektrik
35301 Alat Kelengkapan Hawa Dingin, Penyejuk dan Pemanas
35302 Motor Janakuasa
35303 Alat Litar Elektrik
35304 Alat Kelengkapan Memasak Elektrik
35399 Alat Kelengkapan Elektrik Yang Lain
35400 Alat Kelengkapan Penyiaran dan Perhubungan
35401 Telefon, Telex dan Telegraf
35402 Radar dan Satelit
35403 Kelengkapan Penyiaran
35499 Alat Kelengkapan Perhubungan Yang Lain
35500 Alat Kelengkapan Fotografi, Perubatan dan Muzik
35501 Alat Kelengkapan Fotografi dan Tayangan Gambar
35502 Alat Kelengkapan Perubatan Kesihatan dan Pergigian
35503 Alat Kelengkapan Muzik
35600 Alat Kelengkapan Pertahanan
35601 Senjata (seperti senapang, pistol, mesingan dan senjata lain)
35602 Peluru, Peluru Berpandu, Bahan Letupan dan Bom
35603 Meriam
35604 Kereta Kebal dan Kereta Perisai
35691 Alat Kelengkapan Dan Peralatan Pertahanan
35699 Alat-alat Kelengkapan Pertahanan Yang Lain
35700 Alat Kelengkapan Bekalan Air dan Elektrik
35701 Alat Kelengkapan Bekalan Air
35702 Alat Kelengkapan Bekalan Elektrik
35800 Alat Kelengkapan Keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan
35801 Alat-alat Kelengkapan Penyukatan Air dan Bentungan
35802 Alat Pemadam Api
35803 Alat-alat Amaran
35804 Alat Tititimbang
35805 Alat Pengesanan Asap
35899 Alat-alat Kelengkapan Keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan Yang Lain
35900 Alat Kelengkapan Yang Lain
35901 Alat Kelengkapan Penyelidikan
35902 Alat Kelengkapan Dan Perkakasan Dapur
35903 Alat Kelengkapan Sukan
35999 Alat-alat Kelengkapan Yang Lain