PERKHIDMATAN IKHTISAS DAN LAIN-LAIN PERKHIDMATAN YANG DIBELI DAN HOSPITALITI:
Penceramah (makan minum, penginapan,pengangkutan), percetakan borang,kad, bunting, banner, sijil, jamuan makan staf, cenderahati, hadiah dan sebagainya
Objek Sebagai ini merekodkan semua jenis perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pihak luar tetapi tidak termasuk penyelenggaraan dan pembaikan (yang direkodkan di bawah Objek Sebagai 28000 untuk pembaikan kecil atau Objek Sebagai 30000 untuk pembaikan besar sebagai tambahan kepada aset). Bayaran kepada pekerja-pekerja kontrak, sambilan dan separuh masa yang tidak menyandang jawatan tetap juga direkodkan di bawah Objek Sebagai ini. Jenis perkhidmatan yang disenaraikan adalah seperti berikut: -
29100 Perkhidmatan Yang Dibeli
Objek Lanjut ini merekodkan semua jenis perkhidmatan yang dibeli dari pihak luar kecuali perkhidmatan percetakan yang telah diberi kod berasingan.
Kod-kod tambahan selain daripada yang disenaraikan ialah: -
• Objek Lanjut 29131 – Bayaran Pengusiran Warganegara Asing.
• Objek Lanjut 29132 – Bayaran kepada Saksi-saksi di Mahkamah yang termasuk bayaran untuk kehilangan pendapatannya.
29200 Perkhidmatan Percetakan Dan Menjilid Yang Dibeli
Objek Lanjut ini merekodkan semua kos berkenaan dengan perkhidmatan percetakan, fotografik, fotostatik, filem mikro, menjilid dan sebagainya yang dibuat oleh pihak luar misalnya oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad atau pihak swasta. Percetakan yang dibuat oleh jabatan sendiri hendaklah direkodkan di bawah Objek Lanjut 27100 untuk bekalan percetakan, Objek Sebagai 24000 untuk sewaan alat mencetak atau Objek Sebagai 35000 untuk pembelian alat mencetak.
29300 Bayaran Kepada Pekerja Kontrak, Sambilan Dan Separuh Masa
Yang Tidak Menyandang Jawatan-jawatanTetap Kod ini merekodkan pelbagai jenis bayaran dalam bentuk emolumen seperti gaji dan upah, elaun, sumbangan berkanun dan sebagainya khusus kepada pekerja-pekerja yang menyandang ‘non-established post’ sahaja. Tuntutan perjalanan dan sebagainya bagi pekerja-pekerja sedemikian hendaklah direkodkan di bawah Objek Sebagai 21000 dan 22000.
29400 Keraian, Hospitaliti dan Honorarium
Kod ini merekodkan semua perbelanjaan untuk keraian, hospitalliti dan honorarium untuk semua pihak termasuk jabatan sendiri dan pihak luar. Keraian dan hospitality dalam bentuk pengangkutan, penginapan, makanan dan minuman dibiayai oleh kerajaan untuk tujuan meraikan dan memberi hospitaliti kepada para jemputan termasuk pakar-pakar dan pegawai-pegawai pihak swasta yang dijemput untuk memberi taklimat, ceramah atau seminar, hendaklah direkodkan di bawah kod ini.Keraian pejabat adalah termasuk minuman ringan dalam pejabat untuk mesyuarat kakitangan, perbincangan dengan pertubuhan dan agensi kerajaan yang lain. Honorarium, sagu hati dan hadiah adalah termasuk perbelanjaan untuk memberi ‘token’ untuk pegawai-pegawai yang bersara, kalungan bunga dan juga bayaran sagu hati untuk tetamu dan pensyarah yang dijemput oleh jabatan kerajaan.
29000 Perkhidmatan Iktisas dan Perkhidmatan Lain Yang Dibeli dan Hospitaliti
Tujuan – merekodkan perbelanjaan semua perkhidmatan termasuk perkhidmatan iktisas sama ada di bawah kontrak atau tidak bagi kakitangan kerajaan yang tidak menyandang jawatan tetap dan perkhidmatan lain yang dibeli sama ada di bawah kontrak atau tidak termasuk perkhidmatan iktisas, teknik, saintifik dan perniagaan, semua bayaran upahan, elaun dan faedah kewangan kepada pekerja sementara dan sambilan yang tidak memegang jawatan tetap dan perbelanjaan kerajaan termasuk:
29100 Perkhidmatan Yang Dibeli
29101 Perkhidmatan Perubatan
29102 Perkhidmatan Perakaunan dan Auditan
29103 Perkhidmatan Perundangan
29104 Perkhidmatan Penilaian dan Pengurusan Harta
29105 Perkhidmatan Pengurusan
29106 Perkhidmatan Pakarunding Perniagaan dan Pengurusan
29107 Perkhidmatan Latihan Kakitangan termasuk perkhidmatan pensyarah
29108 Perkhidmatan Komputer dan Prosesan Data
29109 Perkhidmatan Jurutera
29110 Perkhidmatan Kejuruteraan Carigali Minyak
29111 Perkhidmatan Arkitek
29112 Perkhidmatan Juruukur
29113 Perkhidmatan Kajibumi
29114 Perkhidmatan Penyelidikan Pasaran dan Ujian Pasaran
29115 Perkhidmatan Saintifik dan Penyelidikan
29116 Perkhidmatan Bantuan Teknikal
29117 Perkhidmatan Jurutrengkas dan Perkhidmatan Pejabat Yang Lain
29118 Perkhidmatan Fotografi, Blue – Printing dan Filem Mikro
29119 Perkhidmatan Pengeluaran dan Penyebaran Tayangan Gambar dan Pita Video
29120 Perkhidmatan Pengiklanan
29121 Perkhidmatan Perhubungan Awam
29122 Perkhidmatan Perlindungan dan Keselamatan
29123 Perkhidmatan Agen Penyiasat
29124 Perkhidmatan Agen Buruh
29125 Perkhidmatan Stor dan Menyimpan di Gudang
29126 Perkhidmatan Persediaan Makanan
29127 Perkhidmatan Seniman, Pelukis, Pemuzik dan Penulis
29128 Perkhidmatan Penterjemahan dan Penaksiran
29129 Perkhidmatan Mereka Bentuk Fesyen dan Menjahit
29130 Perkhidmatan Dobi
29131 Bayaran Pengusiran Warganegara Asing
29132 Bayaran Kepada Saksi-saksi Di Mahkamah (termasuk bayaran untuk kehilangan pendapatannya)
29133 Bayaran Tambang Pengangkutan Untuk Banduan Warganegara Tempatan
29134 Bayaran Kos Pelbagai Kenderaan Konsesi SPANCO
29135 Bayaran Komisen Bank Bagi Pengutan Hasil Secara e-Payment
29136 Bayaran Caj Perkhidmatan Kepada Ejen Kutipan Kerajaan
29137 Perkhidmatan Pengurusan Sisa Kesihatan (HWMS)
29138 Perkhidmatan Perubatan Pesara
29139 Bayaran Caj Pemprosesan Cek
29140 Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti
29141 Perkhidmatan Kemampanan Program
29142 Pakej Penginapan Dan Makanan Prog Rasmi Kursus/Latihan
29199 Perkhidmatan Yang Lain
29200 Perkhidmatan Percetakan dan Menjilid Yang Dibeli
29201 Percetakan Penerbitan Kerajaan
29202 Percetakan Borang, Kad dan Kepala Surat Jabatan (tidak termasuk borang kegunaan bersama)
29299 Bayaran Perkhidmatan Percetakan Yang Lain
29300 Bayaran Kepada Kakitangan Kerajaan Yang Tidak Menyandang Jawatan Tetap dan Pekerja Sementara dan Sambilan Yang Tidak Menyandang Jawatan Tetap
29301 Gaji/Upahan
29302 Elaun termasuk bayaran lebih masa
29303 Sumbangan Berkanun
29304 Imbuhan Tahunan
29305 Pendahuluan Pelarasan Gaji
29306 Pemberian Khas
29307 Bayaran Insentif Tugas Kewangan
29308 Bayaran Kemudahan Perubatan (Kakitangan Sementara/Kontrak)
29309 Elaun Waktu Bekerja Fleksi Bagi Pegawai Perubatan Siswazah Kontrak
29399 Bayaran Lain
29400 Keraian, Hospitaliti dan Honorarium
29401 Makanan dan Minuman
29402 Penginapan
29403 Pengangkutan
29404 Honorarium, Saguhati dan Hadiah
29411 Keraian Pejabat
29412 Honorarium, Saguhati dan Hadiah Untuk Kakitangan Pejabat
29499 Bayaran Lain (seperti tip, tol, bayaran lapangan terbang dan bayaran meletak kereta selain daripada tuntutan yang dibuat oleh Kakitangan Awam, Pasukan Keselamatan serta Anggota Pentadbiran Dan Parlimen)