BAHAN MAKANAN DAN MINUMAN :
Bahan-bahan mentah masakan. Tujuan Objek Sebagai ini adalah untuk mengetahui perbelanjaan yang dibuat atas pembelian tahunan bahan-bahan makanan dan minuman. Objek Lanjut 25403 makanan bermasak hendaklah digunakan untuk merekod perbelanjaan bekalan makanan bermasak untuk kegunaan pejabat sahaja contohnya bekalan makanan bermasak yang dibayar oleh Kementerian Kesihatan untuk pesakit-pesakit di hospital. Kod ini tidak termasuk bekalan makanan untuk tujuan keraian pejabat ataupun para jemputan yang hendaklah direkodkan di bawah Objek Kumpulan Lanjut 29400 – Keraian, Hospitaliti dan Honorarium. Apabila makanan dan minuman disediakan oleh pihak luar sebagai satu perkhidmatan misalnya ‘catering’ maka semua kos yang terlibat hendaklah direkodkan di bawah Objek Lanjut 29126 – Perkhidmatan Persediaan Makanan.
25000 Bahan-bahan Makanan dan Minuman
Tujuan – merekodkan perbelanjaan bagi semua pembelian bekalan bahan-bahan makanan dan minuman. Harga belian adalah termasuk kos pengangkutan. Termasuk:
25100 Beras, Gandum dan Bijian
25101 Beras
25102 Gandum dan Barli
25103 Bijian-bijian Lain
25200 Daging
25201 Daging (termasuk yang diawetkan, ditinkan dan binatanghidup untuk tujuan disembelih)
25202 Ikan, Kerang, Ketam, Udang dan Makanan Laut Yang Lain (termasuk yang dimasinkan, diawetkan, dikeringkan dan ditinkan)
25300 Sayuran dan Buah-buahan
25301 Buah-buahan (termasuk yang ditinkan, diawetkan dan dikeringkan)
25302Sayuran-sayuran (termasuk yang ditinkan, diawetkan dan dikeringkan)
25400 Makanan-makanan Lain
25401 Minyak Masak
25402 Rempah ratus termasuk gula, garam dan lada sulah
25403 Makanan Bermasak (seperti roti dan kuih)
25499 Makanan- makanan Yang Lain
25500 Bahan Keluaran Susu
25501 Susu Tepung, Susu Pekat dan Keluaran Susu Yang Lain
25502 Mentega dan Keju
25600 Minuman Yang Telah Diproses
25601 Minuman Tidak Berkarbonat (seperti teh, kopi dan koko)
25602 Minuman Berkarbonat
25603 Minuman-minuman Lain