Unit Khidmat Pengurusan (UKP) merupakan pusat pentadbiran utama PKS. UKP terdiri daripada 4 fungsi utama iaitu Pengurusan Kewangan Dan Akaun, Perolehan Dan Bekalan, Perkhidmatan Dan Perjawatan serta Pentadbiran Am.
Unit Khidmat Pengurusan (UKP) merupakan pusat pentadbiran utama PKS. UKP terdiri daripada 4 fungsi utama iaitu Pengurusan Kewangan Dan Akaun, Perolehan Dan Bekalan, Perkhidmatan Dan Perjawatan serta Pentadbiran Am.
"Visitor Counter Implementation Date" : 14 July 2025
OBJEKTIF UPB SMART
Berikut adalah objektif yang ingin dicapai apabila projek ini selesai:
Membangunkan satu sistem pengkalan data berasaskan internet untuk menyimpan semua maklumat yang berkaitan dengan perolehan PKS.
Membina platform dalam talian yang mudah diakses di mana pekerja PKS boleh merujuk isu berkaitan perolehan.
Mewujudkan pautan borang perolehan dalam talian yang mudah capai & pantas untuk warga PKS.
Mengamalkan "Lean Management" bagi proses perolehan di PKS.
Mengurangkan Penggunaan Kertas bagi proses urusan permohonan bekalan bahan luak OS26000.
LATAR BELAKANG PROGRAM / JUSTIFIKASI / PERMASALAHAN
Latar Belakang
Dalam bidang pengurusan kewangan pendidikan, istilah "pengurusan kewangan" merujuk kepada cara sumber kewangan dibahagikan dan digunakan oleh institusi pendidikan. Semua cawangan dan badan kerajaan mesti menguruskan kewangan mereka dengan baik.
Justifikasi
PKS perlu mematuhi kod kewangan seperti OS26000, OS27000, dan OS42000 . Setelah jumlah tertentu diberikan kepada Unit Perolehan dan Bekalan (UPB) oleh Kementerian Kewangan atau Kementerian Pengajian Tinggi. UPB akan mengumumkan kepada semua Jabatan Akademik dan Unit Sokongan yang terlibat untuk membuat pelan penggunaan atau perancangan permohonan kewangan. Wakil penyelaras jabatan dan unit masing-masing akan bertanggungjawab untuk merancang perbelanjaan ini memaklumkan kepada pegawai UPB.
Permasalahan Jabatan/Institusi
Apabila tiada sistem yang seragam untuk digunakan oleh semua penyelaras, banyak masalah timbul. Oleh kerana data yang diperoleh daripada pelbagai jabatan PKS tidak seragam, pegawai perolehan jabatan dan penyelaras bengkel sering keliru tentang barang yang hendak dibeli. Selain itu, urusan menyemak dan menyusun atur pelbagai item mengambil masa yang lama. "Kesalahan manusia" akan berlaku apabila terlalu banyak barang dengan harga yang berbeza disenaraikan. Perkara ini telah menyebabkan urusan kerja UPB menjadi lebih lambat, dan ini secara tidak langsung akan memberi kesan dalam proses pendidikan dan pembelajaran di PKS.