ULPL Politeknik Kuching Sarawak juga dipertanggungjawabkan untuk menguruskan permohonan pensyarah ke Program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP). Program SIP adalah ineraksi berstruktur antara pensyarah politeknik atau kolej komuniti bersama pengamal industri sebagai wadah perkongsian pengetahuan dan kemahiran berkaitan bidang pengkhususan. Tujuan program ini adalah supaya pensyarah di politeknik dan kolej komuniti dapat mempelajari dan menguasai teknologi terkini serta amalan baik di industri seterusnya memantapkan pengisian proses pembelajaran dan pengajaran di institusi. Program ini bukan sahaja memberi penekanan kepada ilmu teori tetapi juga perlu seiring dengan perkembangan teknologi di sektor industri di samping memberi pendedahan kepada budaya kerja dalam pelbagai sektor di industri. 


Jenis-jenis Program Sangkutan Pensyarah di Industri:

Pensyarah boleh merujuk kepada Panduan Pelaksanaan Program Sangkutan Pensyarah di Industri Skim Perkhidmatan PPPT Versi 2021 untuk makluman lanjut. Sekiranya pensyarah berminat untuk menyertai Program SIP, pensyarah boleh mengisi BORANG PERMOHONAN MENJALANI SANGKUTAN PENSYARAH DI INDUSTRI di Sistem eSIS.