Secara hakikinya, ULPL bertanggungjawab untuk menyelaras dan melaksanakan tugas-tugas berkaitan latihan dan pendidikan lanjutan staf bagi memastikan kompetensi dapat dicapai dalam kalangan kakitangan Politeknik Kuching Sarawak. Latihan/kursus ialah proses pembelajaran terancang untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran selaras dengan keperluan organisasi.

Terdapat 3 jenis program latihan mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005 iaitu:
a. LATIHAN
Definisi: Aktiviti latihan yang dijalankan secara bersemuka dan berterusan anjuran jabatan, bahagian atau agensi luar didalam dan diluar negara.

b. SESI PEMBELAJARAN
Definisi: Aktiviti latihan atau pembelajaran secara bersemuka yang tempohnya kurang 6 jam, anjuran jabatan, bahagian dan agensi luar; dan jumlah hari yang boleh diambil kira terhad kepada 5 hari (30 jam) sahaja setahun.

c. PEMBELAJARAN KENDIRI
Definisi: Kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas daya usaha sendiri; dan terhad maksimum 3 hari setahun, iaitu bersamaan dengan 3 pembentangan setahun.

ULPL membantu mengenalpasti,  merancang, menyelaras, dan melaksanakan latihan-latihan yang diperlukan oleh staf politeknik. ULPL sentiasa memastikan staf PKS untuk menghadiri program latihan mengikut keperluan bilangan hari yang ditetapkan.