ULPL bertanggungjawab menguruskan Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP) yang merangkumi kursus atau latihan jangka pendek, jangka sederhana, jangka panjang serta kursus sambilan. KUDAP meliputi kursus dalaman, kursus luaran dan juga kursus yang dilaksanakan secara atas talian.


KURSUS DALAMAN

Merupakan kursus/latihan yang dianjurkan oleh PKS dengan tenaga pengajarnya samada dalam kalangan pegawai sendiri atau dari luar (meliputi kursus, seminar, bengkel, persidangan, ceramah, taklimat, perkongsian ilmu dan simposium) 


KURSUS LUAR

Merupakan kursus/latihan yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan atau swasta dimana staf dibenarkan untuk memohon secara atas talian atau dipanggil untuk berkursus (meliputi kursus, seminar, bengkel, persidangan, ceramah, taklimat, perkongsian ilmu dan simposium).


KURSUS SECARA ATAS TALIAN

Kursus-kursus percuma yang dilaksana secara atas talian. Staf juga boleh mengikuti kursus atas talian melalui laman berikut:

                      a. e-latih:https://elatih.hrdcorp.gov.my/courses

                      b. epsa: https://www.epsa.gov.my/course/