Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) bertanggungjawab mengenalpasti, merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program latihan bagi staf akademik dan bukan akademik Politeknik Kuching Sarawak, demi memastikan pembangunan kecemerlangan staf dapat dipertingkatkan dengan lebih berkesan. Program-program latihan ini turut dibantu oleh Penyelaras Latihan Staf Jabatan (PSLJ) dan Penyelaras Latihan Staf Unit (PLSU).
Maklumat kakitangan ULPL:
Ketua Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan
Pegawai Latihan dan Pendidikan Lanjutan
Pembantu Tadbir
Pembantu Khidmat Am
Kecemerlangan dan KPI Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) adalah untuk mematuhi penetapan sasaran oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pengajian Tinggi iaitu:
Memastikan semua staf mencapai sekurang-kurangnya bilangan hari berkursus minimum yang ditetapkan oleh JPA, KPT dan JPPKK dari semasa ke semasa merujuk kepada Surat Pekeliling semasa.
Memastikan peratusan staf PPPT mengikuti Program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) setiap tahun selaras dengan arahan JPPKK dari semasa ke semasa.
Fungsi utama ULPL adalah untuk:
Merancang, menguruskan dan menjalankan program-program latihan staf secara dalaman dan luaran.
Menyelaras Program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP)
Mengurus hal berkaitan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
Mengurus setia validasi dan temuduga Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)
Mengurus hal berkaitan pendidikan lanjutan staf
Mengurus dan menyelaras penggunaan kemudahan latihan yang terdiri daripada:
1. Bilik Seminar
2. Peralatan latihan seperti komputer riba, projektor, sistem pembesar suara, dan sebagainya
3. Lodge Politeknik Kuching Sarawak (Serapi Inn)