Selamat Datang ke Unit Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Kota Kinabalu
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Politeknik Kota Kinabalu adalah sebuah jabatan sokongan yang membantu pengurusan politeknik dalam proses pengambilan, pendaftaran pelajar, pengurusan kebajikan, disiplin serta pengurusan aktiviti pelajar sepanjang mengikuti pengajian sepenuh masa di Politeknik Kota Kinabalu.
Terdapat tiga unit utama yang membantu melancarkan proses-proses ini iaitu Unit Pengambilan Dan Data, Unit Kebajikan Dan Disiplin dan Unit Pembangunan Pelajar.
Unit Pembangunan Pelajar adalah unit yang menguruskan aktiviti-aktiviti pelajar termasuklah Minggu Transformasi Siswa, penyelarasan kertas kerja, menguruskan Pilihan Raya Kampus dan memantau gerak kerja Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
Jumlah Pengunjung hari ini 🙋