Selamat Datang ke Unit Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Kota Kinabalu
Program Pendaftaran Pelajar Baharu dan Minggu Transformasi Siswa (MTS) PKK adalah anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), PKK.
Penganjuran program ini dirancang seiring dengan penetapan Sasaran Kerja Utama (SKU) yang tercatat pada Pelan Strategik Politeknik Kota Kinabalu 2021 – 2025. Antara fungsi MTS adalah:
1. Menyebarluas maklumat berkenaan tadbir urus yang sedang digunapakai di PKK bagi memastikan peserta maklum dan jelas akan setiap keperluan utama mereka sepanjang menjalani sesi pengajian di PKK.
2. Meningkatkan motivasi peserta untuk bersedia dari aspek mental, fizikal dan emosi dalam menjalani sesi pengajian mereka di PKK.
3. Memberi gambaran berkenaan gaya hidup di kampus yang sebenar dengan mengikut peraturan-peraturan yang telah termaktub dalam Akta 174.
4. Melahirkan graduan PKK yang holistik dan seimbang dari segi jasmani dan rohani.