Pilihan Raya Kampus (PRK) merupakan satu proses untuk memberikan pengalaman serta ilmu pengetahuan berkaitan politik, demokrasi dan proses penglibatan pelajar melalui amalan pengundian. Melalui platform ini, pelajar akan mengenali apakah yang dimaksudkan dengan calon, pencadang, penyokong, kertas undi, kempen, bantahan, pengiraan undi dan sebagainya.
Pilihan Raya Kampus Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Kinabalu adalah satu proses pemilihan kepimpinan pelajar yang telus dan memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan daya kesukarelaan yang tinggi bagi memegang jawatan dalam kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP).
Pada masa yang sama Pilihan Raya Kampus ini adalah untuk memenuhi kehendak Seksyen 7 Bahagian III, Akta 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 memperuntukkan bahawa sesuatu institusi pengajian tinggi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diwakili sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah diamanahkan oleh pihak pengurusan untuk mengendalikan proses pilhanraya kampus ini dengan melantik Jawatankuasa Pilihan Raya yang bebas dan amanah dalam melaksanakan perjalanan proses pilhanraya kampus.