Jawatankuasa Projek Pelajar
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA
TEMA PROJEK INOVASI BAGI EDIAS
Terdapat ENAM (6) tema bagi pertandingan EDIAs yang disediaan iaitu bersesuaian dengan keperluan serta aplikasi yang boleh membantu meningkatkan produktiviti dan ekonomi masyarakat sekitar khususnya boleh diaplikasikan di Politeknik Merlimau. Tema-tema ini juga telah dibangunkan dengan disesuaikan pada bidang kerangka yang terdapat dalam geran TVET oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia kepada warga Politeknik & Kolej Komuniti. Selain itu, pendekatan projek inovasi pelajar berasaskan tema ini diwujudkan bagi mengelakkan berlakunya pengulangan tajuk-tajuk projek inovasi serta memberi ihlam baru kepada para inovator di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau.
TEMA 1:
PENGANGKUTAN, PERTANIAN ATAU TEKNOLOGI MAKANAN
Pengangkutan, Pertanian & Teknologi Makanan adalah tema yang merujuk kepada penghasilan projek inovasi berasaskan teknologi kenderaan contohnya seperti Electric Vehicle (EV) atau Drone yang disekalikan bersama projek berasaskan pertanian pintar atau teknologi makanan yang boleh memacu ke arah Revolusi Industri 4.0 dan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals).
TEMA 2:
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ISLAM ATAU SISTEM KECERDASAN BUATAN PINTAR
Teknologi Kejuruteraan Islam adalah tema yang merujuk kepada penghasilan projek inovasi yang memberi manfaat mengikut etika dan prinsip dalam islam yang boleh memberi manfaat kepada manusia dengan kaedah yang paling efisyen. Manakala Sistem Kecerdasan Buatan Pintar adalah merujuk kepada teknologi AI pembelajara mesin yang boleh berkerja secara pintar serta memenuhi ciri dalam Revolusi Industri 4.0 dan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals).
TEMA 3:
KEBUDAYAAN, KESENIAN & PELANCONGAN
Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan adalah tema yang merujuk kepada projek inovasi berasaskan teknologi yang mempunyai elemen Revolusi Industri 4.0 dan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) yang dapat membantu industri kebudayaan seperti peralatan musik manakala pelancongan & hospitaliti seperti dalam bidang perkhidmatan penginapan dan kemudahan serta lokasi tumpuan pelancongan bagi kegunaan pengguna pelancong.
TEMA 4:
PENDIDIKAN ATAU TEKNOLOGI HIJAU & ALAM SEKITAR
Tema Pendidikan adalah merujuk kepada projek inovasi yang berasaskan pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu atau menyokong kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti peralatan ujikaji atau pameran yang boleh meningkatkan kefahaman dan pencapaian akademik atau kemahiran para pelajar. Ianya disekalikan dengan tema Teknologi Hijau & Alam Sekitar yang merujuk kepada penghasilan produk atau sistem ke arah penjimatan atau kecekapan tenaga serta yang menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui yang menepati elemen dalam Revolusi Industri 4.0.
TEMA 5:
PENGURUSAN ATAU PERKHIDMATAN PERNIAGAAN
Tema Pengurusan adalah merujuk kepada projek-projek inovasi berasaskan Internet Of Things dan IR 4.0 yang dibangunkan bagi membantu menyelesaikan masalah yang melibatkan pengurusan sesebuah oraganisasi atau pengurusan diri. Manakala tema Perkhidmatan Perniagaaan pula merujuk kepada projek-projek inovasi berasaskan Internet Of Things dan IR 4.0 yang boleh menambahbaik sistem perkhidmatan dalam urusan perniagaan.
TEMA 6:
PERUBATAN, PENJAGAAN KESIHATAN & KESELAMATAN
Tema Perubatan, Penjagaan Kesihatan & Keselamatan adalah merujuk kepada projek-projek inovasi berasaskan Internet Of Things dan IR 4.0 yang dibangunkan mengandungi elemen kegunaan bagi keselamatan seperti sistem pertahanan atau sistem penggera serta elemen kegunaan bagi kesihatan seperti alat pencegahan penyakit untuk kegunaan diri sendiri atau keluarga mahupun masyarakat yang memenuhi keperluan dalam Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals).