Jawatankuasa Projek Pelajar
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA
PANDUAN PENYEDIAAN POSTER PERTANDINGAN
Setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu poster yang menerangkan projek secara ringkas, padat, menarik dan mudah difahami oleh panel penilai serta pengunjung pameran. Poster mestilah menonjolkan idea inovasi, fungsi produk, kelebihan projek, impak kepada pengguna dan bukti pelaksanaan projek. .
CONTOH POSTER (DALAM JPG)
CONTOH POSTER (DALAM JPG)
CONTOH POSTER (DALAM JPG)
CONTOH POSTER (DALAM JPG)
CONTOH POSTER (DALAM JPG)
CONTOH POSTER (DALAM PDF)
CONTOH POSTER SAIZ A1 (DALAM PPTX)
CONTOH POSTER SAIZ A3 (DALAM PPTX)
CONTOH POSTER (DALAM PDF)
CONTOH POSTER CANVA A3 (DALAM PDF)
CONTOH POSTER SAIZ A1 (DALAM PDF)
CONTOH POSTER SAIZ A3 (DALAM PDF)
1. Saiz Poster
Pelajar dikehendaki menyediakan poster pertandingan inovasi bersaiz A1 atau A3 mengikut kesesuaian projek, ruang pameran dan kaedah persembahan yang digunakan semasa pertandingan.
2. Maklumat Asas Projek
Poster mestilah mengandungi tajuk projek, nombor matrik, kelas/program, nama penyelia, jabatan dan institusi supaya maklumat projek dapat dikenal pasti dengan jelas oleh panel penilai.
3. Masalah Kajian/Inovasi
Pelajar perlu menyatakan masalah utama yang ingin diselesaikan melalui projek secara ringkas dan padat, sebaiknya dalam bentuk 2 hingga 3 point sahaja supaya mudah difahami oleh penilai dan pengunjung.
4. Objektif Projek
Poster perlu memaparkan objektif projek yang jelas, spesifik dan boleh diukur, dengan memberi fokus kepada perkara utama yang ingin dicapai melalui pembangunan inovasi tersebut.
5. Novelti/Keunikan Projek
Pelajar perlu menerangkan elemen inovasi atau keunikan projek, termasuk penambahbaikan, pengubahsuaian, fungsi baharu, penggunaan teknologi atau nilai tambah yang membezakan projek daripada kaedah sedia ada.
6. Metodologi/Sistem Reka Bentuk
Poster hendaklah menunjukkan cara projek dibangunkan atau berfungsi melalui penggunaan block diagram, flowchart, system architecture, gambar litar, gambar komponen, proses kerja atau ringkasan kaedah pembangunan projek.
7. Ciri-Ciri/Kefungsian
Pelajar perlu menyenaraikan ciri utama dan fungsi projek secara ringkas, contohnya penggunaan sensor, microcontroller, IoT, automation, wireless system, safety mechanism, monitoring system atau kawalan pintar yang berkaitan.
8. Keputusan/Data Pengujian
Poster perlu mengandungi bukti bahawa projek telah diuji, seperti gambar prototype berfungsi, jadual keputusan, graf ringkas, data pengujian, bacaan sensor, perbandingan sebelum dan selepas atau keputusan demo projek.
9. Impak/Kelebihan
Pelajar perlu menerangkan impak dan manfaat projek kepada pengguna, komuniti, industri, pendidikan, keselamatan, kos, alam sekitar atau kecekapan kerja, serta menyatakan SDG yang berkaitan dengan projek tersebut..
10. Kaedah Pameran & Bahasa
Poster perlu direka secara ringkas, menarik dan tidak terlalu padat dengan text, serta dipamerkan dengan kemas menggunakan bunting stand, poster board, foam board, easel stand, panel pameran, poster holder atau kaedah pameran lain yang sesuai atau diletakkan rata di atas meja (tidak digalakkan). Penulisan butiran poster boleh dibuat sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.