Jawatankuasa Projek Pelajar
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA
30th
30th ELECTRICAL ENGINEERING DESIGN AND INNOVATION AWARDS
Tarikh : 9 Mei 2023
Tempat : Dewan Platinum , Politeknik Merlimau
Anjuran : Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau
Tema : "Empowering TVET Through Innovation"
EDIAs atau 'Electrical Engineering Design and Innovation Awards' merupakan sebuah platform yang disediakan kepada para pelajar semester akhir di Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Merlimau agar pelajar berupaya mengaplikasikan teori yang telah dipelajari di dalam kelas kepada suatu produk atau idea yang bernas untuk dipertandingkan. EDIAs ini dibuat bagi memilih inovasi terbaik bagi setiap program DET, DTK dan DEP di Jabatan Kejuruteraan Elektrik serta pemenang tema projek dan keseluruhan projek terbaik. Pertandingan ini mendedahkan pelajar terhadap domain kompetensi iaitu pengetahuan, kemahiran praktikal, kemahiran dan tanggungjawab sosial, nilai, sikap dan profesionalisme, kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran saintifik, kemahiran pengurusan maklumat, pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran mengurus serta kemahiran keusahawanan. EDIAs ini dilaksanakan setiap semester yang melibatkan ke semua pelajar yang mengambil kursus DEE50102 Projek 2 di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Politeknik Merlimau Melaka. Melalui kursus ini, pelajar diberi peluang untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta mempamerkan keupayaan dalam merealisasikan idea, kreativiti, inovasi dan penyelesaian masalah ke arah penghasilan produk yang mempunyai nilai komersial dan berdaya saing.
EDIAs atau 'Electrical Engineering Design and Innovation Awards' ini merupakan penjenamaan baru kepada nama Hari Inovasi JKE PMM. Penjenamaan ini dilaksanakan berdasarkan inspirasi dan nasihat dari Pengarah Politeknik Merlimau iaitu Mejar Norizam bin Sekak seiring dengan semangat #PMMWARIORS. EDIAs ini merupakan kesinambungan daripada Hari Inovasi JKE yang telah dimulakan sejak Sesi Pengajian Jun 2008 di mana Pengarah Program pertama ialah En. Ariffuddin bin Ibrahim. Kini penganjurannya telah mencapai pelaksanaannya yang Ke-30. Nama dan logo kepada idea EDIAs ini merupakan ilham cadangan dari Puan Nurhazwani binti Saleh yang merupakan staf akademik di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau Melaka.
Objektif penganjuran EDIAs Ke-30 adalah :
Menyediakan platform pembentangan lisan projek pelajar dan membentuk persaingan yang sihat dalam penghasilan projek terbaik.
Membantu pelajar meningkatkan kemahiran berkomunikasi secara efektif, kemahiran berorganisasi dan meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan pelajar.
Menentukan projek terbaik untuk dipertandingkan di peringkat Politeknik Merlimau menerusi Program PERKAYA Inovasi PMM.
Meningkatkan kualiti pendidikan yang menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar dalam masa yang sama dapat melahirkan pelajar mempunyai kemahiran komunikasi persembahan yang baik.
Impak penganjuran EDIAs Ke-30 ini adalah :
Memperkasa sistem pendidikan dengan menghasilkan graduan TVET berkualiti yang mampu berkomunikasi dengan baik dalam membuat persembahan dari segi teknikal seterusnya dapat menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan menjadikan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama pelajar untuk menyambung pengajian.
Menghasilkan pelajar yang mempunyai keyakinan tinggi dan bertanggungjawab dalam pelbagai aspek iaitu menyelesaikan isu masalah, dan pengurusan masa dan kerja.
Melahirkan graduan yang mampu memenuhi kriteria pihak industri dan meningkatkan lagi imej politeknik dalam menghasilkan graduat yang dapat memenuhi pasaran kerja setanding pelajar-pelajar di IPT lain.
Pertandingan ini adalah pertandingan TERTUTUP yang diwajibkan kepada semua pelajar yang mengambil kursus DEE50102 Projek 2 dari program Diploma Kejuruteraan Elektrik / DET, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) / DTK dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) / DEP di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau Melaka.
Jawatankuasa program adalah terdiri daripada Penyelaras Unit Projek Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau Melaka serta dengan bantuan beberapa staf yang dilantik dari JKE, PMM serta dibantu oleh Kelab Pelajar JKE, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau, Melaka.
EDIAs Ke-30, JKE, PMM akan dilangsungkan pada ketentuan berikut:
Tarikh : 9 Mei 2023 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka
Terdapat beberapa kategori Anugerah Projek Inovasi yang akan dipertandingkan bagi EDIAs, JKE PMM antaranya Anugerah Emas Perak & Gangsa (Berdasarkan Markah), Anugerah Tema Pertanian & Teknologi Makanan, Anugerah Tema Teknologi Hijau, Anugerah Tema Pelancongan & Hospitaliti, Anugerah Tema Pengajaran & Pembelajaran, Anugerah Projek Terbaik Program DET, Anugerah Projek Terbaik Program DTK, Anugerah Projek Terbaik Program DEP dan Anugerah Projek Terbaik Keseluruhan EDIAs.
Penjurian bagi EDIAs JKE PMM terdiri daripada Project Examiner bagi Kursus DEE50102 Projek 2 yang menilai rubrik Model & Pembentangan untuk Kerja Kursus DEE50102 Projek 2. Selain itu terdapat berberapa orang juri yang dilantik oleh Jawatankuasa Program terdiri daripada Juri Dalaman iaitu dikalangan warga kerja PMM dan dari Juri Luar iaitu dikalangan wakil akademik atau industri bagi penilaian Anugerah.
Ucapan Tahniah kepada semua pemenang Program EDIAs Ke-30 serta ucapan Terima Kasih kepada semua jawatankuasa (pensyarah & pelajar) yang terlibat bagi menjayakan Program EDIAs Ke-30. Sijil Ecert Dr/Ts/Tuan/Puan semua boleh diperolehi melalui capaian link dibawah. TQVM.
Langkah 1:
Buka laman https://www.ecert.my/
Langkah 2:
Pilih bahagian paparan [DOWNLOAD SIJIL]
Langkah 3:
Masukkan no. kad pengenalan & no kod ialah 3bldc