Jawatankuasa Projek Pelajar
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA
JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA
KATEGORI PROJEK INOVASI
Terdapat TIGA (3) kategori projek inovasi yang boleh dihasilkan oleh para pelajar yang berpandukan silibus pelaksanaan projek kursus DEE40082 Projek 1 dan DEE50102 Projek 2 bagi program DET, DTK dan DEP yang ditawarkan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau, Melaka.
KATEGORI 1:
HARDWARE (PERKAKASAN)
Perkakasan adalah merujuk kepada kategori projek inovasi yang dihasilkan menggunakan peralatan-peralatan, penderia atau komponen-komponen elektronik atau elektrik yang melibatkan penetapan fungsi peralatan atau komponen elektronik.
KATEGORI 2:
SOFTWARE (PERISIAN)
Perisian adalah merujuk kepada kategori projek inovasi yang menghasilkan sebuah perisian baru (atau yang diperbaharui) seperti perisian aplikasi (termasuk online), perisian sistem, perisian pengkalan data atau perisian kemudahan / perkhidmatan yang dibangunkan melalui pembangunan pengaturcaraan atau melalui kaedah atau teknik yang bersesuaian merujuk kepada kursus-kursus bidang pengajian yang telah dipelajari.
KATEGORI 3:
HARDWARE & SOFTWARE INTERFACING
Kombinasi perkakasan dan pengantaramuka perisian adalah merujuk kepada kategori projek inovasi yang dihasilkan menggunakan peralatan elektrik atau komponen elektronik yang dibangunkan serta dirangkaikan bersama-sama penggunaan perisian yang dihasilkan sama ada dipasang pada telefon pintar atau komputer atau secara terus dalam talian ('online web based').