Pengenalan

Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Politeknik METrO Betong Sarawak telah bermula pada tahun 2018 dan mendapat pensijilan pertama pada tahun 2019 dan dikategorikan baik. Manakala bagi pensijilan kedua EKSA pada tahun 2021, PMBS berjaya mendapat kategori cemerlang.

Pelaksanaan EKSA di PMBS merupakan suata usaha untuk memantapkan pengurusan pejabat dan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi membantu meningkatkan produktiviti warga PMBS. EKSA juga mampu mentransformasi imej PMBS secara keseluruhan dengan mempamerkan imej yang lebih korporat selaras dengan perkembangan semasa sector awam. Ia juga akan menyemarakkan aktiviti kreativiti di kalangan warga PMBS dan menggalakkan pembudayaan amalan hijau atau Go Green. Sesungguhnya pelaksanaan EKSA ini selaras dengan usaha memperkukuh budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif di kalangan warga PMBS. Semoga PMBS lebih selesa dan sejahtera dengan pelaksanaan EKSA.