GOTONG-ROYONG EKSA BIL 2 2022

Gotong-royong EKSA Bil 2 2022

Gotong-royong EKSA Bil 2 2022 telah diadakan pada 17 November 2022. Gotong-royong ini diadakan bertujuan bagi persediaan menghadapi Audit Dalam EKSA. Gotong-royong ini juga diadakan bagi memupuk semangat kerjasama diantara kakitangan PMBS dan menyemaikan semangat pembudayaan EKSA di PMBS. Selain itu, gotong-royong ini juga membantu pihak pengurusan untuk mengenalpasti kerosakan, kehilangan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi memastikan keselesaan warganya.