𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐒 π„πŠπŽπ’πˆπ’π“π„πŒ πŠπŽππƒπ”π’πˆπ… π’π„πŠπ“πŽπ‘ π€π–π€πŒ (π„πŠπ’π€) ππŽπ‹πˆπ“π„πŠππˆπŠ πŒπ„π“π«πŽ ππ„π“πŽππ† π’π€π‘π€π–π€πŠ | πŸ‘πŸŽ πŽπŠπ“πŽππ„π‘ πŸπŸŽπŸπŸ‘

Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS) ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Sarikei telah diadakan selama satu (1) hari dengan jayanya.

Lawatan ini juga telah dihadiri oleh enam belas (16) peserta yang diketuai oleh Pengarah PMBS, Encik Suhaili bin Aleh bersama Jawatankuasa Induk EKSA. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan perkongsian pengalaman berkenaan amalan EKSA di JANM, Sarikei memandangkan agensi tersebut telah mendapat pensijilan EKSA dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Semoga dengan lawatan ini, dapat membantu memberi aspirasi kepada PMBS untuk terus komited dalam pelaksanaan EKSA seterusnya berjaya mendapat pensijilan dari MAMPU pada hujung November 2023.