MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK EKSA BIL 2 2022

Mesyuarat Jawatankuasa Induk EKSA Bil 2 2022 telah diadakan pada 14 Oktober 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama dan dipengerusikan oleh Penyelaras EKSA PMBS, Cik Farah Nadia Binti Mohd Hasnu. Turut hadir bersama didalam mesyuarat ini adalah Timbalan Pengarah, Encik Mohd Shahrir Bin Ahmad Zaini, Puan Syuhaili Binti Zahari, Fasilitator EKSA, Agnes Anak Buda, JK Juruaudit EKSA, Encik Abdul Fattah Bin Hamden, Ketua Promosi EKSA, Puan Evelyn Anak Frangklin Tegik, Ketua Zon A, Puan Emilyn Anak Nojen, Wakil Ketua Zon B dan Encik Patrick Jopris Aro, JK Promosi.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk mendapat maklumbalas berkaitan aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2022. Hasil mesyuarat menunjukkan bahawa 90% aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan. Selain itu, isu berbangkit yang timbul adalah kawasan awam yang kini menjadi kawasan tumpuan merokok bagi kakitangan PMBS dan pelajar. Oleh itu, mesyuarat telah memutuskan untuk mewujudkan kawasan merokok khas buat kakitangan PMBS manakala pelajar tidak dibenarkan untuk merokok dikawasan PMBS. Seterusnya dari segi penambahbaikan EKSA, mesyuarat telah memutuskan untuk melaksanakan penambahbaikan melalui dapatan audit dalam yang telah dilaksanakan pada bulan 5.

Akhir sekali, mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan pengamalan EKSA yang sedia ada dan memberi tumpuan kepada penambahbaikan yang perlu dilakukan.