UNIT KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (CDC)
UNIT KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (CDC)
Ketua Unit: PPKP Norazila Binti Kamarudin
Unit kawalan penyakit berjangkit (Communicable Disease Control atau CDC) merupakan salah satu unit di bawah Bahagian Kesihatan Awam, Pejabat Kesihatan Pintu Masuk Antarabangsa Bukit Kayu Hitam, yang menjalankan pemantauan kejadian kes penyakit berjangkit. Unit ini bertanggungjawab memantau semua jenis penyakit yang tersenarai dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) melainkan penyakit bawaan vektor, HIV/STI dan TB/kusta yang dipantau oleh unit yang dikhaskan bagi penyakit tersebut.
Pemantauan penyakit berjangkit dijalankan secara harian menerusi sistem e notifikasi. Pemantauan wabak penyakit berjangkit pula dipantau melalui sistem e-wabak.Unit ini juga bertanggungjawab bagi memastikan semua pelan kesiapsiagaan menghadapi penyakit berjangkit berada dalam keadaan baik, tersusun dan diuji dari semasa ke semasa.
Unit CDC juga berperanan mencengah dan membuat kawalan penyakit berjangkit di PMA Kedah serta mengawal pengimpotan/pengekspotan mayat, tisu badan dan haiwan.
Selain itu, unit ini membuat saringan kesihatan kepada semua pengembara yang memasuki Malaysia melalui Pintu Masuk Darat serta mengawal dan mencegah kemasukan penyakit Demam Kuning dan Hawar.