SEJARAH PEJABAT KESIHATAN PINTU MASUK ANTARABANGSA BUKIT KAYU HITAM
SEJARAH PEJABAT KESIHATAN PINTU MASUK ANTARABANGSA BUKIT KAYU HITAM
Pejabat Kesihatan Bukit Kayu Hitam terletak di dalam Daerah Kubang Pasu. Ia Merupakan salah satu Pelabuhan Darat “Land Port” di utara tanah air dan merupakan pintu masuk pengimportan makanan terbesar di Kedah. Dulunya hanya dikenali sebagai Pos Kesihatan Bukit Kayu Hitam dan dibawah pentadbiran Daerah Kubang Pasu hinggalah di beri taraf PTJ 2. Disamping itu Pejabat telah mengorak selangkah lagi dengan menubuhkan Unit Kawalan Penyakit Berjangkit,Unit Vektor, Unit Keselamatan & Kualiti Makanan Serta Unit Kesihatan Antarabangsa berkuatkuasa 1 Julai 2006 di Laluan Bas dan Kenderaan.
Operasi pejabat ini bermula sebagai Unit Pintu Masuk Antarabangsa, yang beroperasi dibawah seliaan Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu. Pejabat ini telah dinaiktaf sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) bermula tahun 2005, bertempat di Aras 1, Blok C, Kompleks LKIM Bukit Kayu Hitam dengan Dr. Zainal Bin Che Mee sebagai Pegawai Kesihatan yang pertama. Pada awal permulaan penubuhannya, operasi pejabat ini diuruskan oleh 27 kakitangan yang terdiri daripada Pegawai Kesihatan, Pembantu Tadbir, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pembantu Kesihatan Awam dan Pembantu Awam. Sejak itu, beberapa semakan dan penambahan perjawatan telah dijalankan. Sehingga sekarang tahun 2024, pegawai dan kakitangan jabatan ini adalah seramai 79 orang.