Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan SOP terbaharu pemakaian pelitup muka yang berkuat kuasa mulai 5 Julai 2023.

Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awam tetapi amat digalakkan berdasarkan penilaian risiko kendiri.

Selain itu, individu termasuk pelawat, pesakit, penjaga dan anggota kesihatan DIKENHENDAKI memakai pelitup muka di FASILITI KESIHATAN apabila berhadapan, berinteraksi dengan atau merawat pesakit.

Namun begitu, pemakaian pelitup muka di fasiliti kesihatan boleh dikecualikan di kawasan terbuka dan di mana tiada interaksi dengan pesakit seperti di ruang parkir.