PENGENALAN
Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor adalah nadi perkhidmatan dalam pelaksanaan aktiviti mencegah, mengawal dan membasmi Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor di Pejabat kesihatan Hilir Perak
VISI
Untuk menjadikan PKD Hilir Perak sebuah daerah yang mempunyai individu, keluarga dan masyarakat yang sihat dan sejahtera melalui pelaksanaan Program-Program Kawalan Penyakit Bawaan Vektor yang profesional, efisyen, saksama dan mesra
MISI
Unit Penyakit Bawaan Vektor akan melaksanakan program-program Kawalan Penyakit Bawaan Vektor yang merangkumi bidang pencegahan dan kawalan dengan anggota yang mahir dan terlatih dengan bantuan peralatan yang lengkap dan berteknologi tinggi.
OBJEKTIF
Objektif Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor adalah seperti berikut :
Mengurangkan morbidity (kejadian) dan mortality (kematian) Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor supaya tidak menjadi masalah kesihatan awam di Semenanjung Malaysia
Mencegah kejadian Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor di kawasan yang sedia bebas daripada penyakit-penyakit bawaan vektor.
Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor yang utama adalah Malaria, Demam Denggi/Demam Denggi Berdarah, Penyakit Filariasis, Penyakit Scrub Typhus, Penyakit Japanese Encephalitis(JE), Penyakit Chikungunya, Penyakit Hawar dan Penyakit Demam Kuning.
FUNGSI
- Sistem surveilans
- Kawalan Vektor menggunakan konsep IVM (Integrated Vector Management)
- Pengesanan awal dan rawatan kes
- Kesiapsiagaan dan respon kepada wabak
- Komunikasi dan mobilisasi untuk kawalan
- Pembangunan kapasiti
- Penyelidikan
PERANAN
Sistem surveilans
Memantau pelaporan semua kes Penyakit Bawaan Vektor melalui telefon, borang notifikasi atau Sistem e-notifikasi dalam tempoh masa yang ditetapkan
Memastikan dan memantau pengisian dalam pengkalan survelan melalui system e-Notifikasi, e-Denggi, Vekpro Online dan lain-lain pelaporan secara manual supaya pengkalan survelan dalam keadaan lengkap, tepat dan terkini bagi kes kes Penyakit Bawaan Vektor
Kawalan Vektor menggunakan konsep IVM (Integrated Vector Management)
Menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan bagi kes Penyakit Bawaan Vektor seperti Pemusnahan Tempat Pembiakan (PTP), Semburan Ruang Thermal (SRT) , Semburan Ruang Ultra Low Volume (SRULV) , Pengedaran Kelambu Berubat dan Semburan Residu
Menjalankan pemantauan kehadiran vektor dengan pemasangan ovitrap di kawasan keutamaan 1, kawasan wabak dan pelabuhan
Pengesanan awal dan rawatan kes
Menjalankan siasatan dalam tempoh 24 jam kepada kes Penyakit Bawaan Vektor yang dinotifikasi bagi mengetahui punca jangkitan Penyakit Bawaan Vektor
Melaksanakan ujian saringan untuk kumpulan berisiko melalui pengwujudan smart partnership dengan majikan syarikat perladangan, tempat pembinaan dan kem pembalakan untuk mendapatkan senarai pekerja bagi memudahkan aktiviti saringan dilaksanakan
Melaksanakan Active Case Detection (ACD) di kawasan bermasalah kes Penyakit Bawaan Vektor bagi mengesan kes baru dan kontak
Mengkaji slaid darah ACD bagi Penyakit Malaria dan Penyakit Filariasis di peringkat Negeri dan melaporkan sekiranya terdapat slaid darah yang positif kepada Pejabat Kesihatan Daerah
Menjalankan tindakan susulan terhadap semua kes Penyakit Bawaan Vektor yang didaftarkan mengikut garispanduan yang ditetapkan
Merujuk kes Penyakit Bawaan Vektor untuk mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berhampiran
Kesiapsiagaan dan respon kepada wabak
Bilik Gerakan dibuka dalam tempoh 24 jam sekiranya wabak diistiharkan
100% wabak denggi dikawal dalam tempoh 14 hari
Menjalankan penilaian risiko di lokaliti wabak
Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Wabak di peringkat daerah sekiranya wabak diistiharkan
Tindakan aktiviti kawalan dijalankan dalam tempoh 24 jam selepas wabak diistiharkan
Komunikasi dan mobilisasi untuk kawalan
Berkerjasama dengan Unit Promosi Kesihatan dalam menggerakkan komuniti untuk bersama-sama membasmi Penyakit Bawaan Vektor melalui komunikasi dan kerjasama pintar bagi menjana perubahan tingkahlaku komuniti
Mobilisasi anggota Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor ke daerah yang mempunyai bebanan kerja yang tinggi dalam menjalankan aktiviti kawalan dalam tempoh masa yang ditetapkan
Pembangunan kapasiti
Menjalankan latihan kepada anggota vektor untuk meningkatkan kemahiran dan kompetensi dalam pekerjaan
Memastikan dan pengisian jawatan di Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor adalah mencukupi dan selaras dengan beban kerja yang dipikul
Membekalkan Combo Dengue Rapid Test kepada klinik kerajaan dan hospital kerajaan untuk pengesahan kes denggi
Membekalkan stok racun serangga untuk digunakan dalam aktiviti kawalan kes Penyakit Bawaan Vektor
Membekal dan memastikan peralatan yang digunakan untuk digunakan dalam aktivit kawalan dan perkhidmatan makmal