PENGENALAN
Unit UIP merupakan satu unit yang menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pendakwaan di mahkamah bagi kesalahan yang melibatkan beberapa akta di dalam undang-undang Kesihatan awam.
Antara akta tersebut ialah
Akta makanan 1983
Akta pemusnahan seranggan pembawa penyakit 1975
Akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 1988
Akta kawalan produk merokok demi Kesihatan awam 2024
PERANAN PEGAWAI DI UNIT UIP
Merancang program dan aktiviti penguatkuasaan menilai serta mengawal aktiviti program penguatkuasaan.
Menerima dan merekod Kertas Siasatan (IP) yang dikemukakan oleh daerah dan mengurus pergerakan IP untuk proses pendakwaan di mahkamah
Menyediakan serta memberikan maklumat teknikal perundangan dalam penggubalan undang-undang dan isu-isu perundangan yang dibangkitkan semasa penguatkuasaan Undang-Undang Kesihatan Awam.
Menjadi sumber rujukan aspek Undang-Undang Kesihatan Awam di peringkat daerah.
Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa