Fungsi Utama Unit NCD
1. Pelaksanaan Program Pencegahan & Promosi Kesihatan
Mengurus dan menyelaras pelaksanaan aktiviti promosi kesihatan berkaitan NCD seperti:
Program KOSPEN
Ceramah kesihatan di komuniti, sekolah, dan tempat kerja
Pemeriksaan kesihatan (saringan BMI, tekanan darah, glukosa, kolesterol)
Program intervensi gaya hidup sihat (pemakanan, senaman, berhenti merokok)
2. Saringan dan Pengesanan Awal
Menjalankan saringan kesihatan untuk penyakit seperti:
Diabetes
Hipertensi
Kanser (kolorektal)
3. Latihan & Pembangunan Kapasiti
Memberi latihan kepada petugas kesihatan dan sukarelawan komuniti (seperti sukarelawan KOSPEN) untuk aktiviti pencegahan dan promosi NCD.
4. Kerjasama Strategik
Bekerjasama dengan agensi lain seperti sekolah, majlis daerah, NGO, dan tempat kerja dalam melaksanakan program gaya hidup sihat dan pengurangan faktor risiko NCD.
Program di bawah unit NCDC
Kawalan Diabetis/Hipertensi/ Kardiovaskular
Kesihatan mental
Pencegahan dan Kawalan Kanser
Pencegahan Dan Kawalan Kecederaan Dan Keganasan
Penguatkuasaan Kawalan Hasil Tembakau
Aktiviti dan program NCDC
Memantau dan menyelaras aktiviti mengesan penyakit-penyakit seperti diabetes, hypertension dan kardiovaskular.
Mempromosikan klinik-klinik khas seperti Klinik Berhenti Merokok dan Klinik Diabetes kepada kakitangan dan juga orang awam.
Mempromosikan kepentingan mengesan penyakit-penyakit berkaitan gaya hidup kepada orang awam.
Mengumpul maklumat dan data berkaitan aktiviti-aktiviti pengesanan dan rawatan penyakit-penyakit tidak berjangkit yang dijalankan di peringkat klinik-klinik kesihatan.
Mengatur dan menyelaras aktiviti Saringan Kesihatan kepada Komuniti.
Menyebarkan maklumat berkaitan isu semasa kesihatan awam kepada institusi kesihatan dan juga orang ramai dari masa ke semasa.
Memberi latihan dan kursus kepada kakitangan dalam aktiviti kempen cara hidup sihat.
Menjalankan aktiviti penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam