PORTAL ANGGOTA PKD TEMERLOH
VIRUS NIPAH: KKM SIAPSIAGA HADAPI SEBARANG KEMUNGKINAN
Saya mengambil maklum laporan mengenai penularan jangkitan virus Nipah di India. Susulan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang memantau situasi secara proaktif dan berhubung terus dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi menentusahkan data epidemiologi terkini.
Ingin saya tegaskan, keselamatan rakyat dan negara adalah keutamaan yang tidak boleh dikompromi. Justeru, KKM telah meningkatkan tahap kesiapsiagaan di semua pintu masuk antarabangsa negara. Para 'gatekeepers' kita kini berada dalam mod berjaga-jaga (high alert):
Pemantauan tahap kesihatan yang ketat terhadap pengembara.
Protokol tindakan pantas (ready-to-act) bagi individu bergejala.
Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) bersedia sepenuhnya untuk diaktifkan.
Melalui pendekatan 'One Health', kita memantau rantaian antara manusia, haiwan, dan alam sekitar sebagai perisai pertahanan awal negara yang bersifat pencegahan (preventive).
Saya ingin meredakan kegusaran awam. Setiap langkah yang diambil KKM adalah berpandukan sains dan penilaian risiko (evidence-based), bukan khabar angin. Yakinlah bahawa sistem kesihatan awam kita adalah teguh (robust), teruji, dan bersedia melindungi anda.
Dapatkan info sahih, elak sebar berita palsu!
#KKMPrihatin #MalaysiaSihat #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
(Sumber: https://www.facebook.com/share/p/19jiDGoQAU/?mibextid=wwXIfr- Facebook Dr Dzulkefly Ahmad,Menteri Kesihatan Malaysia )
WABAK DEMAM DENGGI DAERAH TEMERLOH
Wabak demam denggi terkini dilaporkan di Daerah Temerloh ialah di PRIMA SETIA JASA & TAMAN SETIA JASA
Justeru itu, tindakan segera perlu diambil:
✅Luangkan masa 10 minit menjalankan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan luar rumah.
✅Segera mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran sekiranya mempunyai tanda-tanda demam denggi
✅Lakukan semburan aerosol bagi membunuh nyamuk Aedes dewasa terutama pada waktu puncak (awal pagi dan lewat petang)
✅Jika terdapat tempat pembiakan jentik-jentik, anda boleh dikenakan kompaun maksima RM500.
#TiadaAedesTiadaDenggi
#TemerlohSihat