Ibu Pejabat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Temerloh adalah merupakan pusat pentadbiran utama bagi perkhidmatan klinik kesihatan, klinik desa dan kesihatan awam daerah Temerloh dan juga menguruskan kakitangan PKD Temerloh dari segi sumber manusia dan kewangan.
Bangunan Ibu Pejabat PKD Temerloh telah mula dibina pada tahun 1977 dan telah siap dibina pada tahun 1980.
Majlis Pembukaan Rasmi bangunan Ibu Pejabat PKD Temerloh dirasmikan oleh YB Tan Sri Chong Hon Nyan, PSM, JMN, Menteri Kesihatan Malaysia pada 7 Oktober 1980 bersamaan 27 Zulkaedah 1400 Hijrah.
Bangunan ini mula beroperasi pembinaan pada tahun 1977 dengan kos asal sebanyak RM 1.05 juta.
Keluasan kawasan Ibu Pejabat PKD Temerloh adalah 2 ekar dan keluasan lantai bangunan adalah 792 meter persegi.