Unit Pentadbiran Am dibahagikan lagi kepada 4 Unit iaitu Unit Khidmat Pengurusan, Unit Pengurusan Aset/Stor, Unit Perolehan dan Unit Pengurusan Latihan.
Fungsi Unit Pentadbiran Am adalah :
a. Menguruskan dan melaksanakan Pekeliling-pekeliling, surat pekelilingm Arahan berkaitan perkhidmatan yang diterima daripa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Negeri Pahang (JKNP) termasuk surat arahan secara dalaman.
b. Bertanggungjawab dalam mengurus Mesyuarat Pengurusan Kesihatan Awam , Jabatan Pengurusan Akaun dan kewangan serta lain-lain.
c. Menguruskan perkhidmatan pinjaman perumahan, komputer, kereta pengistiharan harta, dan perakam waktu.
d. Menguruskan penggunaan kenderaan jabatan.
e. Bertindak sebagai protokol majlis
f. Urusetia kepada Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan 2 dan aduan pelanggan.
g. Menguruskan aset alih kerajaan seperti pendaftaran , penyelenggaraan, pemeriksaan dan pelupusan megikut peraturan yang ditetapkan.
h. Menguruskan stor dengan betul dan memastikan bekalan bahan stok setiasa ada.
i. Menguruskan kehadiran anggota bagi kurus-kursus yang diadakan di peringkat negeri dan jabatan.
j. Menyelengarakan rekod latihan jabatan.
k. Menguruskan permohonan peperiksaan PTK bagi semua anggota.
l. Menjadi Urusetia kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan.
m. Menyediakan sijil -sijil kurus yang dianjurkan jabatan.
n. Menguruskan permohonan kursus Program Transformasi Minda (PTM) dan Biro Tatanegara (BTN).
o. Menguruskan Sistem myCPD.
Fungsi Unit Sumber Manusia adalah:
a. Bertanggungjawab menguruskan hal-hal perkhidmatan anggota dari pelantikan pertama sehingga anggota berpencen.
b. Mengendalikan semua urusan pengesahan pelantikan , pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen.
c. Menguruskan perlepasan jawatan dengan izin dan perletakan jawatan dengan memendekkan notis. d. Menguruskan permohonan perlanjutan tempoh percubaan.
e. Menguruskan permohonan cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji , cuti menunaikan haji dan lain-lain cuti yang diperuntukan oleh undang undang.
f. Mengendalikan permohonan lawatan keluar negeri.
g. Menguruskan permohonan penyelarasan gaji.
h. Menguruskan permohonan menanggung kerja dan kenaikan pangkat.
i. Menguruskan permohonan Anggaran Belanja Mengurus (Perjawatan).
j. Mengendalikan Buku Rekod Perkhidmatan anggota.
k. Menguruskan rumah Jabatan.
l. Menguruskan perjawatan dengan sentiasa mengemaskini jumlah perjawatan, pengisian serta kekosongan yang terkini setiap bulan (reten bulanan) melalui format yang diberi oleh Unit Perjawatan , JKNP dan juga perlu dilakukan dalam sistem Human Resource Management Information System (HRMIS) dan sistem Human Resource Information System (HRIS).
m. Menguruskan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Pingat Darjah Kebesaran.
n. Menguruskan Sijil Amalan Tahunan / Annual Practising Certificate (APC) Anggota.
o. Menjadi urusetia Majlis Bersama Jabatan (MBJ) iaitu platform hubungan majikan-pekerja.
Unit Pembangunan Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh adalah merupakan salah satu unit dibawah pemantauan Unit Pengurusan. Fungsi Unit Pembangunan adalah:
a. Menguruskan perolehan bagi sebut harga kerja projek BP 600, BP 700, Projek Rancangan Malaysia (RMK ) dan lain-lain peruntukan ;
b. Menguruskan pendaftaran Aset Tak Alih ;
c. Menguruskan perolehan tanah kerajaan dan tanah individu untuk dijadikan tapak klinik kesihatan, klinik desa dan kuarters kesihatan;
d. Menguruskan aduan dan pembaikan kerosakan PKD Temerloh, klinik kesihatan, klinik desa, Klinik Komuniti, Unit Vektor Sg. Ara, PLKM dan kuarters;
e. Membuat pemantauan dan pelaporan berkala projek-projek BP 600, BP 700, Projek Rancangan Malaysia dan pembaikan kecil fasiliti kesihatan yang diluluskan;
f. Pengurusan permohonan, pelaporan Penggantian alat penyaman udara;
g. Menyelenggara maklumat pendaftaran atau hak milik tanah kerajaan
h. Pengurusan penyediaan permohonan dan pelaporan Premis Demis;
i. Menguruskan permohonan dan pelaporan sewaan bangunan Klinik Komuniti; dan
j. Membantu mengurusetia penyediaan dokumen tender Kawalan Keselamatan.
Selain itu, fungsi teknikal Unit Pengurusan adalah menyediakan khidmat teknikal dan nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan projek di PKD Temerloh,menyelaras penyediaan speksifikasi projek bagi urusan pembelian terus atau sebutharga, menyelaras kerja-kerja teknikal dalam pelaksanaan projek, memantau pelaksanaan projek di lokasi, menyediakan laporan teknikal dan perbelanjaan projek; dan menganggotai jawatankuasa teknikal sebutharga di peringkat PKD Temerloh. Perjawatan bagi Unit Pembangunan terdiri daripada seorang Pembantu Tadbir Kanan N22 dan seorang Pembantu Tadbir N19. Unit ini juga turut disokong oleh beberapa unit iaitu Unit Pentadbiran Am ,Unit Kewangan, Unit Kejuteraan, Unit Primer,Unit Entomologi dan Unit Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS).
Unit Kewangan PKD Temerloh ditadbir urus dibawah Unit pengurusan yang bertanggungjawab mengurus belanjawan jabatan. Fungsi Unit Kewangan adalah merancang dan mengawal semua urusan kewangan jabatan, mengueruskan baucer baucer bayaran , pesanan tempahan dan lain-lain, menerima dan merekod waran waran peruntukan bagi setiap program jabatan, mengurus dan mengemaskinin Buku Vot jabatan, memastikan kutipan hasil mengikut peraturan, menguruskan aset-aset Kerajaan seperti merekod penerimaan , pemeriksaan, penyelengaraan, dan pelupusan mengikut peraturan yang ditetapkan , memastikan pengurusan kewangan seperti perolehan pembelian dipatuhi ditetapkan oleh peraturan, ,memastikan pengurusan stor dilaksanakan dengan betul dan dikemaskini, menguruskan pembayaran emolument, dan meguruskan tuntutan elaun perjalanan dan elaun lebih masa.