TAKLIMAT PENCEGAHAN PENYAKIT BERJANGKIT BERSAMA GURU TABIKA PERPADUAN DAERAH TEMERLOH 2026
5 Februari 2026 (Khamis) — Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh, bersama Pejabat Perpaduan Daerah Temerloh, telah menjayakan Taklimat Pencegahan Penyakit Berjangkit bersama Guru-guru Tabika Perpaduan Daerah Temerloh.
Program ini menghimpunkan seramai 23 peserta, terdiri daripada warga Pejabat Perpaduan Daerah Temerloh, guru serta penolong guru dari kesemua 15 tabika perpaduan daerah Temerloh. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Perpaduan Daerah Temerloh iaitu Puan Julina Bt Jaafar.
Taklimat ini menjadi medan penting dalam memperkukuh kesedaran dan memperdalam kefahaman tentang strategi pencegahan penyakit berjangkit demi melindungi kesejahteraan kanak-kanak di institusi pendidikan awal.
#UnitCDCSurvelans
#PKDTemerloh
#LindungiAnakKita
LATIHAN PENGAMBILAN SAMPEL GASTRIC ASPIRATE/ LAVAGE DAN SPUTUM INDUCTION
30 Januari 2025 (Jumaat)- Unit TB/Kusta PKD Temerloh telah menganjurkan satu Latihan Pengambilan Sampel Gastric Aspirate/ Lavage Dan Sputum Induction yang bertempat di Pusat Latihan Kesihatan Mentakab.
Objektif latihan adalah untuk memberi latihan teknik pengambilan sampel gastric aspirate/lavage bagi tujuan pemeriksaaan smear AFB bagi pengesanan kes Tibi mengikut SOP.
Aktiviti yang dijalankan:
1. Ceramah berkenaan SOP Prosedur Gastic Aspirate/lavage oleh Dr Zakiah Salwa bt Zabri, Pakar Perubatan Keluarga KK Lanchang.
2. Sesi tayangan video teknik pengambilan sampel gastric aspirate/lavage dan sputum induction.
3. Sesi praktikal pengambilan sampel gastric aspirate/ lavage
4. Sesi praktikal teknik sputum induction
5. Ceramah Pengurusan sampel gastric aspirate/lavage oleh JTMP Mas Natasha Halina bt Muda, KK Lanchang.
Seramai 18 orang kakitangan telah dilatih yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Jururawat / Penolong Pegawai Perubatan, wakil dari setiap klinik.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta.
#UnitTB/Kusta
#PKDTemerloh
#tuberculosis #endtb
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAKSANAAN EKSA DARIPADA PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) BERA
20 Januari 2026 (Selasa)- Ibu Pejabat (IP) PKD Temerloh telah menerima Lawatan Sambil Belajar Pelaksanaan EKSA daripada ke PKD Bera seramai 12 orang pegawai dan kakitangan. Rombongan ini telah diketuai oleh Dr. Nur Karmila binti Mohamed Hassan, Pegawai Perubatan Kesihataan Primer dan selaku Penyelaras Jawatankuasa(JK) Pelaksanaan EKSA PKD Bera.
Antara pengisian program adalah:
1.Ucapan dan Taklimat Ringkasan Amalan EKSA IP PKD Temerloh oleh Dr. Mariah binti Daud, Penyelaras JK Induk EKSA PKD Temerloh
2.Ucapan oleh Ketua Rombongan PKD Bera, Dr. Nur Karmila binti Mohamed Hassan, Penyelaras JK Pelaksanaan EKSA PKD Bera.
4.Lawatan ke Zon-zon EKSA IP PKD Temerloh
Terima kasih diucapkan kepada PKD Bera kerana sudi melawat ke PKD Temerloh. Semoga lawatan ini dapat memberikan inspirasi kepada peserta lawatan untuk diimplikasikan amalan terbaik EKSA di PKD Temerloh ke PKD Bera.
#kondusifdanproaktif
#PKDTemerloh
#PKDBera
#JKNPahang
13 & 14 MAC 2025 - 4 orang juruaudit telah dilantik oleh JKN Pahang untuk melaksanakan sesi pengauditan pensijilan amalan EKSA DIY ke atas PKD Temerloh yang diketuai oleh Pn. Norrul Huda binti Mohamad Yusof dari Bhgn. Keselamatan & Kualiti Makanan dan disertai oleh En. Kamaruzzaman bin Othman, Ketua Caw.Penguatkuasaan Farmasi, Pn. Nur Atiqah binti Ariffin dari BKKM serta Pn Norazrina binti Ahmad dari Unit Inspektorat & Perundangan.
Sesi Pembukaan dan Penutup disempurnakan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh, Dr Sharifah Mahani bt Syed Mahar Affandi, selaku Pengerusi EKSA PKD Temerloh.
Taklimat Ringkas Sesi Pengauditan Pensijilan Amalan EKSA Kendiri disampaikan oleh Dr. Mariah binti Daud, Penyelaras EKSA PKD Temerloh dan seterusnya oleh Ketua Juruaudit, JKN Pahang.
Agenda diteruskan dengan sesi pengauditan EKSA di Zon Amber, Amethyst dan Sapphire sehingga ke malam hari.
Majlis penutup keesokan harinya dimulakan dengan Pembentangan Laporan Analisis Pengauditan Pensijilan Amalan EKSA Kendiri oleh Ketua Juruaudit, JKN Pahang. Segala teguran perlu dibuat penambahbaikan dalam tempoh 3 hari bekerja.
Terima kasih dan ucapan penghargaan kepada semua yang memberikan sokongan dan terlibat dalam menjayakan sesi pengauditan ini.
Syabas diucapkan kepada semua warga Ibu Pejabat PKD Temerloh kerana telah menuju puncak Pensijilan Amalan EKSA DIY. Semoga amalan EKSA sentiasa diamalkan oleh warga Ibu Pejabat PKD Temerloh.
#MenujuPuncakPensijilanAmalanEKSADIY
#PKDTemerloh
#JKNPahang
WALKABOUT KEMPEN KESELAMATAN MAKANAN DI BAZAR BUKIT DESA SEMANTAN, TEMERLOH 2025
13 Mac 2025 (Khamis) - Program Walkabout Kempen Keselamatan Makanan sempena bulan Ramadan 1446H telah diadakan di Bazar Bukit Desa Semantan, Temerloh. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Muhammad Aizuddin bin Rupawon, wakil rasmi Pegawai Daerah Temerloh.
Turut hadir Dr Sharifah Mahani bt Syed Mahar Affandi, Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh dan Encik Muhamad Daniel bin Jamaludin, Pengarah Kawalan Perniagaan & Pelesenan, Majlis Perbandaran Temerloh.
Kempen anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh dengan kerjasama Majlis Perbandaran Temerloh dan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.
Kempen ini telah dimulakan dengan aktiviti walkabout dan penyampaian penghargaan Anugerah mengikut kategori Air Balang, Kuih Muih dan Lauk Pauk Terbaik.
Di samping itu, pameran keselamatan makanan juga diadakan untuk memberi Pendidikan kesihatan kepada orang ramai dengan konsep 'Perhati Dan Pilih'. QR kod Aduan Kebersihan Premis Makan telah dipamerkan bagi memudahkan pengunjung bazar membuat sebarang aduan berkaitan kebersihan gerai dan pengendali yang tidak patuh kepada Akta Makanan 1983.
27 Februari 2025 (Khamis)— Seramai 50 peserta terdiri daripada pengusaha, penyelia, dan wakil pengurus ladang dan kilang terlibat menjayakan Townhall Meeting Pencegahan Penyakit Bawaan Vektor Bersama Pengusaha Ladang dan Kilang Peringkat Daerah Temerloh di Pusat Latihan Kesihatan Mentakab (PLKM).
Program dianjurkan oleh Unit Penyakit Bawaan Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Dr Nordiana bt Rosli, Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiologi), PKD Temerloh.
Objektif program ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada peserta berkenaan bahaya penyakit bawaan vektor, meningkatkan kesedaran dan rasa pertanggungjawaban dalam mencegah penyakit bawaan vector dan mewujudkan jaringan kerjasama dan informasi antara KKM dan wakil dan pengusaha dari ladang/kilang.
Taklimat yang diberikan:
✅ Pengenalan Penyakit Leptospirosis (Kencing Tikus) oleh Pegawai Perubatan Unit CDC/Survalens, Dr Gan Shiz Yee
✅ Pengenalaan Penyakit Melioidosis oleh Pegawai Perubatan Unit CDC /Survalens, Dr Ammar Hussein bin Rosly
✅ Pengenalan dan Langkah Pencegahan Penyakit Bawaan Vektor oleh Pegawai Perubatan YM Unit Vektor Dr Mohd Naqiuddin bin Mohd Yusof.
Selain itu turut diadakan forum bertajuk “Bahaya Penyakit Bawaan Vektor”. Moderator forum adalah Puan Norfarahah bt Othman, Pegawai Pendidikan Kesihatan dengan 3 orang ahli panel iaitu Dr Nordiana binti Rosli, Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiologi) PKD Temerloh, Encik Yoggendran Indiran (Pegawai Sains Kaji Serangga), dan wakil dari SD Guthrie, Ladang Kerdau, Encik Yoovinaraj Nagarajah
Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah
✅ Pameran Malaria & Denggi
✅ Saringan Kesihatan
Komitmen berterusan semua pihak diharap dapat mencegah penularan penyakit bawaan vektor dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan sihat bagi penduduk dalam daerah Temerloh.
KURSUS PENGUKUHAN DAN PENGENDALIAN KANAK-KANAK KURANG ZAT MAKANAN PERINGKAT DAERAH TEMERLOH 2025
12-13 Mac 2025 (Rabu-Khamis) - Kursus ini dianjurkan oleh Seksyen Pemakanan, PKD Temerloh bertempat di Pusat Latihan Kesihatan Mentakab.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai cara pengendalian kes kanak-kanak malnutrisi melibatkan klinik kesihatan, hospital serta lawatan susulan di komuniti.
55 orang peserta menyertai kursus ini yang terdiri daripada Pegawai Perubatan dan Anggota Kejururawatan.Turut hadir adalah Dr Haji Yazeed bin Zainal Abidin, Pakar Perubatan Keluarga, KK Bandar Mentakab.
Antara pengisian kursus :
1. Garis Panduan Pencegahan & Pengendalian Kes Berisiko Malnutrisi Kanak2 Bawah 5 Tahun - Dr Zakiah Salwa Zabri
2. Buku Rekod Kesihatan Kanak-Kanak - JK Shuhairaty Samah
3. SOP KZM - PSP Noor Junainah Masjuni
4. Garis Panduan Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan - PSP Nuraini Paiman
5. Integrated Management of Malnutrition in Children Under 5 - FMS Dr Azwan Faiz Amir Hamzah
6. Outpatient Assessment and Management in Health - KJK Rohaya Harun
7. Hospital Management - Dr Ahmad Shahid, Jabatan Paediatrik HoSHAS
8. Program Community Feeding - PSP Norafifah Ahmad Shabri
9. Community Nutritional Rehabilitation - Dietitian Puan Sharifah Mariam Syed Zainal Abidin
Moga kursus ini dapat menambah baik perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat seterusnya meningkatkan status pemakanan kanak-kanak di dalam daerah Temerloh
#1000HariPertamaKehidupan
#AnakPahangTinggi
29 September 2024- Seramai 25 orang peserta kontigen perbarisan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh yang diketuai oleh Dr. Ammar Hussein B Rosly telah menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Maulidur Rasul Peringkat Daerah Temerloh 1446H / 2024M bertempat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Temerloh.
Sambutan ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad dan telah dihadiri bersama 27 pasukan kontigen dari pelbagai agensi dan NGO.Syabas diucapkan kepada kepada kontigen atas komitmen dengan memberikan persembahan terbaik mewakili PKD Temerloh pada tahun ini.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal ayat 53 :
Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
#Al Falah Pemacu Malaysia Madani
#Pejabat Kesihatan Daerah Termerloh
Tabletop Simulasi Pengurusan Bancana Banjir Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh 2024
27 September 2024 - Tabletop Simulasi Pengurusan Bancana Banjir Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh 2024 telah dianjurkan dengan lancar dan cemerlang oleh Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar PKD Temerloh sebagai langkah-langkah kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.
Program ini diadakan pada jam 8 pagi hingga 12.15 tengahari di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina PKD Temerloh.
Kehadiran peserta-peserta dari pelbagai penjawatan dan gred dari pelbagai fasiliti naungan PKD Temerloh adalah amat dihargai.
Aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah seminar Situasi Semasa Tinjauan MTL oleh Dr Mohd Naqiuddin bin Mohd Yusof yakni Pegawai Perubatan KPAS, seminar Persediaan Fasiliti Primer Menghadapi MTL oleh Pegawai Perubatan Primer Dr Mohd Zainie bin Hassan, seminar Disaster Management dan aktiviti perbincangan berkumpulan serta pembentangan bersama Doktor Kesihatan Pekerjaan yakni Dr Akramin bin Mahir.
Turut sama memeriahkan program adalah Pegawai Epidemiologi Dr Gan Shiz Yee dan Pegawai Kesihatan Persekitaran Encik Wan Lazri bin Wan Ismail serta barisan pegawai perubatan klinik kesihatan, wakil petugas bilik gerakan, wakil pasukan perubatan dan wakil pasukan kesihatan dari pelbagai unit dan fasiliti.
Tahniah kepada semua 30 orang yang hadir menjayakan program ini dengan semangat kerja berpasukan. Tahniah kepada 3 kumpulan kreatif yang berjaya memenangi sesi pembentangan aktiviti berkumpulan.
Towards the Wellness of Workers.
Kembara Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) HEPILI @ Sekolah Peringkat Daerah Temerloh 2024 di Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh
26 September 2024 -Hampir 1,000 orang menjayakan Kembara Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) HEPILI @ Sekolah Peringkat Daerah Temerloh 2024 di Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh.
Majlis dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh, Dr Sharifah Mahani binti Syed Mahar Affandi. Turut hadir ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah@ Encik Ahmad Nazri bin Abdul Khorid, Penolong Pengarah Unit Promosi Kesihatan, JKN Pahang@ Cik Hawa Bee binti Ibrahim dan Guru Besar SK Bandar Temerloh @ Puan Hajah Nor Lailah binti Samad.
.
Temerloh merupakan daerah kesembilan penganjuran kembara ini. Kembara ini bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) yang disambut pada bulan September setiap tahun.
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya ialah:
• Senam robik
• Saringan kesihatan
• Pameran interaktif
• Pocket Talk Minda Sihat dan Bahaya Rokok dan Vape
• Demontrasi CPR
• Permainan interaktif
• Kaunter Trash To Cash daripada SWCorp
• Hari Keusahawanan
• Pertandingan Mewarna Tunas Dr Muda
• Pertandingan Inovasi dan Rekacipta Bahan Terbuang Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah dan Menengah
• Pertandingan Bicara Sihat Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan program ini.
#TemerlohSihat
#BulanMalaysiaSihatSejahtera
#HePiLITemerloh
Program Post Exposure Prophylaxis - Single Dose Rifampicin (PEP-SDR) di Perkampungan Orang Asli Kg Lubok Wong, Kuala Krau, Temerloh
26 September 2024 (Khamis)-Unit Tibi/Kusta , PKD Temerloh telah berjaya menganjurkan program Post Exposure Prophylaxis - Single Dose Rifampicin (PEP-SDR) di perkampungan orang asli Kg Lubok Wong, Kuala Krau, Temerloh. Program ini adalah bertujuan untuk mengesan kes kusta secara aktif & juga pemberian ubat Rifampicin secara dos tunggal bagi yang layak, untuk tujuan pencegahan penyakit kusta.
Seramai 47 petugas dari PKD Temerloh, termasuk Dr Sharifah Mahani Bt Syed Mahar Affandi (Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh) telah terlibat bagi menjayakan program ini. Seramai 272 penduduk telah diperiksa dan 21 orang telah menjalani prosedur saringan Slit Skin Smear (SSS) dan 159 penduduk yang layak telah diberikan ubat dos tunggal Rifampicin. Terimakasih kepada penduduk KOA Lubok Wong yang sangat memberikan kerjasama.
#BeatLeprosy
#ZeroDiscrimination
#EndStigma
#LeaveNoOneBehind
Pertandingan Bowling KOSPEN WOW Trim & Fit PKD Temerloh
21 September 2024 - Pertandingan Bowling KOSPEN WOW Trim & Fit PKD Temerloh telah berjaya diadakan dengan penuh semangat dan gembira. Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh yakni Dr Sharifah Mahani binti Syed Mahar Affandi yang juga selaku Pakar Perunding Kesihatan Awam. Seramai 45 orang kakitangan yang sporting dari pelbagai penjawatan dan gred telah hadir ke U-Bowl Pahang Starmall Mentakab bagi menyertai program ini. Tahniah kerana anda semua adalah pemenang. We are bowlers. Terima kasih.
Latihan Water Confident PKD Temerloh Tahun 2024
19 September 2024 - Latihan Water Confident PKD Temerloh yang dianjur dengan jayanya oleh Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar , PKD Temerloh di Jerantut Hill Resort dengan sesi teori dan praktikal oleh tenaga pengajar dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut. Pegawai yang terlibat adalah PPGB Raja Mohd Arif bin Raja Shamsudin, PBK II KUP Nordin bin Mat Drus, PB Hafizul bin Mustapa@Hussain dan PB Ahmad Safawi bin Othman.
Tahniah kepada semua 36 orang warga PKD Temerloh dari pelbagai jawatan dan gred yang hadir bagi menjayakan latihan ini sebagai salah satu langkah kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir. Terima kasih.
'IBOK MEK SIHAT' Bersama Penduduk Orang Asli Kg. Paya Mengkuang ,Sanggang, Temerloh 2024
18 September 2024-Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik. Kemudian diteruskan dengan aktiviti sepak takraw, mewarna, ceramah kesihatan dan pelbagai lagi aktiviti. Anggaran kehadiran adalah seramai 350 orang.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah & pameran kesihatan berkaitan Kesan Buruk Rokok dan Alkohol, Pemakanan Sihat, Keselamatan Ubat-ubatan, HIV/AIDS/STI, saringan kanak-kanak bantut/KZM, senamrobik, sepak takraw, sukaneka, pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan (NHSI), pemeriksaan pap smear, pertandingan karaoke, cabutan bertuah
Program ini telah dirasmikan oleh Dr Sharifah Mahani binti Syed Mahar Affandi, Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh. Hadir sama adalah Yang Beradat Batin Idris, Tok Empat Halim dan AJK Kg Paya Mengkuang.
Majlis Perhimpunan Bulanan PKD Temerloh dan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2024
13 September 2024 – Perkarangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Temerloh dipenuhi dengan suasana meriah sempena Majlis Perhimpunan Bulanan PKD Temerloh bagi bulan September 2024, yang turut digandingkan dengan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2024 peringkat Daerah Temerloh , Sambutan Hari Keselamatan Pesakit, Majlis Penutup Minggu Penyususan Susu Ibu dan sambutan hari lahir warga anggota PKD Temerloh bagi bulan September .
Majlis dirasmikan oleh *Dato' Dr. Haji Adnan Bin Mat, Presiden CUEPACS Malaysia. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan usaha bersepadu dalam meningkatkan kesihatan persekitaran serta peranan penjawat awam dalam membantu masyarakat menangani isu perubahan iklim dan risiko bencana. Tema sambutan kali ini, "Kesihatan Persekitaran: Meningkatkan Ketahanan Komuniti Melalui Pengurangan Risiko Bencana & Strategi untuk Mitigasi serta Penyesuaian Perubahan Iklim*", dipilih selaras dengan cabaran global yang dihadapi pada masa ini.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh:
1. Tuan Zool Asmani bin Mahmood*, Timbalan Setiausaha Agung CUEPACS III.
2. Tuan Mazmir bin Amin, Naib Presiden Majlis Bersama Kebangsaan Malaysia
3. En. Hisyam bin Abdul Hadi*, Mewakili YDP Majlis Perbandaran Temerloh merangkap Ahli Kesatuan ANULE Cawangan MPT.
Majlis perhimpunan bulanan ini bukan sahaja berjaya mengeratkan hubungan di antara warga PKD Temerloh, malah menjadi tanda komitmen bersama dalam mempertingkatkan kualiti kesihatan persekitaran di daerah ini.
Kejohanan Futsal Piala Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh 2024
7 September 2024 - Kejohanan Futsal Piala Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh 2024 telah berjaya diadakan di Gelanggang Futsal MPT. Kejohanan ini adalah hasil kolaborasi antara program KOSPEN WOW (Wellness of Workers) di bawah Unit KPAS dan Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan PKD Temerloh (KKSUTEM).
Kejohanan ini telah disertai oleh 36 orang @ 6 kumpulan anggota kesihatan PKD Temerloh dan Alhamdulillah kejohanan futsal ini berjalan dengan lancar. Semua pemain-pemain beraksi dengan penuh semangat kesukanan.
Majlis penyerahan hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Dr Sharifah Mahani bt Syed Mahar Affandi, Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh.
Tahniah kepada pasukan yang menang dan untuk pasukan yang kalah jangan putus asa dan cuba lagi tahun hadapan. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.
Latihan Katering Sihat Peringkat Daerah Temerloh 2024
7 September 2024 -Unit Pemakanan, PKD Temerloh telah menganjurkan Latihan Katering Sihat bertempat di Pusat Latihan Kesihatan Mentakab (PLKM). Latihan ini telah disertai oleh 60 orang pengendali makanan termasuk pengusaha, tukang masak dan pembantu tukang masak daripada :
1. Taska - taska daerah Temerloh
2. Pusat Jagaan Berdaftar seperti Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) dan Pusat Jagaan Warga Emas
3. Pengendali makanan di kafeteria IPTA seperti Kolej Komuniti Temerloh
4. Pengendali makanan di Kafeteria Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
Tujuan utama latihan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan mengenai penyediaan makanan yang sihat dan selamat. Latihan ini telah dirasmikan oleh Dr Sharifah Mahani binti Syed Mahar Affandi, Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh.
Perkongsian info dan maklumat mengenai Asas Pemakanan Sihat telah disampaikan oleh barisan Pegawai Sains Pemakanan. Manakala slot Kebersihan dan Keselamatan Makanan telah disampaikan oleh Pegawai Teknologi Makanan. Semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat dan dapat diamalkan oleh semua peserta yang hadir.
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 Peringkat Daerah Temerloh Tahun 2024
31 Ogos 2024- Seramai 35 orang peserta kontigen perbarisan dan 5 orang peserta kontigen kenderaan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh yang diketuai oleh Dr Mariah binti Daud telah menyertai perarakan perbarisan dan kenderaan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 67 peringkat daerah Temerloh Tahun 2024.
Syabas diucapkan kepada kepada kedua-dua kontigen atas komitmen dengan memberikan persembahan terbaik mewakili PKD Temerloh pada sambutan Hari Kemerdekaan ke 67 peringkat daerah Temeloh pada tahun ini.
Mesyuarat Antara Agensi Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Temerloh 2024
29 Ogos 2024- Pahang merupakan negeri dengan populasi Orang Asli yang paling ramai di Malaysia. Temerloh mempunyai 16 kampung utama Orang Asli yang diiktiraf dan 7 kampung serpihan dengan jumlah populasi Orang Asli seramai 9291 orang. Terdapat 5 suku kaum Orang Asli yang utama di Temerloh iaitu Jahut, Semoq Beri, Temuan, Semelai dan Che Wong.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dr Sharifah Mahani binti Syed Mahar Affandi, Pakar Perubatan Perunding Kesihatan Awam , Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh, turut dihadiri oleh Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Temerloh, En. Muzamir Bin Shukri sebagai wakil dari JAKOA Temerloh.
Oleh kerana PKD Temerloh dan JAKOA Temerloh sering bekerjasama dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada populasi Orang Asli di Temerloh, mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan sebarang isu yang berbangkit sepanjang kedua-dua agensi mengurus dan mengendalikan pesakit serta program-program kesihatan yang melibatkan kerjasama dari kedua-dua agensi. Pelbagai input dan beberapa kata putus dapat diperoleh dari mesyuarat kali ini.
Semoga hasil mesyuarat dapat diterjemah kepada memberikan perkhimatan yang lebih baik kepada masyarakat Orang Asli Daerah Temerloh.
Konvensyen Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Peringkat Negeri Pahang 2024
26 Julai 2024 -Konvensyen Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Peringkat Negeri Pahang 2024 telah diadakan di Dewan Tun Razak Temerloh melibatkan penyertaan dari KOSPEN pelbagai daerah di Pahang
Wakil KOSPEN daerah Temerloh telah mengambil bahagian dalam pertandingan Oral dan Poster
PKD Temerloh mengucapkan tahniah kepada KRT Taman Paya Taram telah dinobatkan Juara bagi Pertandingan Poster.Ucapan terima kasih juga kepada KRT Taman Sri Kemuning Indah di atas penyertaan bagi Pertandingan Oral
Semoga Konvensyen ini dapat memberi manfaat dan dijadikan pemangkin semangat kepada KOSPEN Daerah Temerloh sebagai satu agen kepada Komuniti Kesihatan kepada masyarakat setempat.
Townhall Zoonosis dan Langkah Pencegahannya serta Sambutan Hari Zoonosis Sedunia Peringkat Daerah Temerloh 2024
17 Julai 2024 – Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh buat julung kalinya menganjurkan Townhall Zoonosis dan Langkah Pencegahannya serta Sambutan Hari Zoonosis Sedunia peringkat Daerah Temerloh 2024, yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Ilham Bestari, Kolej Komuniti Temerloh.
Program ini mendapat sambutan hangat daripada pelbagai wakil jabatan dan agensi yang berisiko tinggi mendapat penyakit zoonosis seperti Leptospirosis, Melioidosis , Rabies dan Malaria P.Knowlesi. Jumlah penyertaan adalah seramai 74 orang daripada pelbgai jabatan dan agensi.
Majlis dimulakan dengan acara perasmian yang disempurnakan oleh Dr Sharifah Mahani bt Syed Mahar Affandi, Pakar Perubatan Perunding Kesihatan Awam merangkap Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh, diikuti dengan sesi perkongsian dan perbincangan yang mendalam tentang situasi semasa penyakit zoonosis. Para peserta turut diberi pendedahan mengenai langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang berkesan. Ini termasuk juga sesi perkongsian berkaitan dengan Survelan Penyakit Zoonosis dalam Haiwan oleh Encik Muhamad Azlan bin Awang, Penolong Pegawai Veterinar Daerah Temerloh.
Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan berharap usaha bersama ini akan terus membuahkan hasil dalam memastikan kesihatan komuniti sentiasa terpelihara.
Kem Kesihatan Remaja, PROSTAR 2.0 Maahad Tahfiz Peringkat Daerah Temerloh Tahun 2024
4 Julai 2024 - Kem Kesihatan Remaja, PROSTAR 2.0 Maahad Tahfiz Peringkat Daerah Temerloh Tahun 2024 telah dijalankan pada 12-14 Julai 2024 di Komplek Maahad Tahfiz Al-Qaradhawi (KOMTAQ), Kerdau. Ia melibatkan 66 peserta dari 5 buah tahfiz yang terpilih di daerah Temerloh.
Majlis telah disempurnakan oleh Dr Sharifah Mahani bt. Syed Mahar Affandi, Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh. Turut hadir ialah wakil Pejabat Agama Islam Temerloh, Imam Mohamad Azmir Al-Rashid bin Abdul Rahman dan Pengurus KOMTAQ, Ustaz Afiq.
Objektif kursus ini ialah meningkatkan pengetahuan dan kesedaran remaja mengenai risiko jangkitan dan langkah pencegahan HIV/AIDS. Semoga para peserta dapat menjadi fasilitator di pusat tahfiz masing-masing ke arah gaya hidup yang sihat dan aktif.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan urusetia, pihak KOMTAQ, Pejabat Agama Islam Temerloh dan Maahad Tahfiz yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama diantara PKD Temerloh dan Pejabat Agama Islam Temerloh berterusan pada masa akan datang.
Majlis Pelancaran Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) Peringkat Daerah Temerloh di SK Temerloh Jaya
1 Julai 2024- Majlis ini dirasmikan oleh Dr Sharifah Mahani bt Syed Mahar Affandi, Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh. Majlis turut dihadiri oleh Puan Nor Hasliza Ibrahim selaku Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan), JKN Pahang dan Puan Noor Syafinaz Ab Rashid selaku Penolong Pegawai Pendidikan, PPD Temerloh.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan diucapkan khususnya buat Guru Besar SK Temerloh Jaya, En Mohamad Zaini bin Ismail, serta semua guru sekolah SK Temerloh Jaya kerana bertungkus lumus menjayakan program ini, seterusnya menjadi sekolah Pertama di daerah Temerloh yang melaksanakan Program Hits.
Program Hits merupakan penyediaan hidangan pakej makanan yang lengkap mengandungi sumber karbohidrat, protein, buah dan sayur-sayuran yang mampu memenuhi keperluan kalori dan nutrient murid-murid di sekolah. Program ini disertai secara sukarela oleh ibu-bapa yang cakna dengan pengambilan makanan anak-anak di sekolah. Terima kasih buat ibu ayah!
Hidangan makanan ini dipantau secara berkala oleh Unit Pemakanan, PKD Temerloh selaku urusetia program di peringkat PKD.
Jalinan kerjasama di antara PKD Temerloh dan PPD Temerloh ini diharapkan akan berterusan dan menjadi perintis kepada sekolah lain di daerah Temerloh.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 dan Jasamu Dikenang Tahun 2024
10 Jun 2024-Dengan tema Melastik Ke Bintang Cemerlang Menggapai Khidmat Gemilang, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 dan Jasamu Dikenang Tahun 2024 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang telah selesai melabuhkan tirainya pada 10 Jun 2024 dengan meraikan 1,463 orang penerima APC dan 134 orang pesara.
Majlis ini disempurnakan oleh YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan. Tahniah diucapkan kepada 58 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 kerana menunjukkan kecemerlangan sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan dan terima kasih diucapkan kepada 6 orang pesara dari Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh atas segala jasa dan bakti dalam menyumbang tenaga dan keringat kepada perkhidmatan awam dan perkhidmatan kesihatan.
Sekali lagi warga Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh mengucapkan TAHNIAH kepada semua penerima APC 2023, teruskan momentum kecemerlangan dalam perkhidmatan dan TERIMA KASIH kepada pesara atas segala jasa bakti yang dicurahkan.
Pelancaran Program Imunisasi HPV Catch-Up Daerah TemerlohTahun 2024
21 Mei 2024-Program Imunisasi HPV kebangsaan telah bermula pada tahun 2010 dengan pemberian vaksin ini kepada pelajar/remaja perempuan berumur 13 tahun. Program ini dihentikan seketika semasa pandemik COVID-19 melanda negara dan dimulakan semula hari ini secara serentak di seluruh negara.
Majlis pelancaran program ini telah diadakan di Madrasah Tarbiyah Islamiyah (MTI), Mentakab dan disempurnakan oleh Dr Sharifah Mahani bt Syed Mahar Affandi, Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh pada 21.5.2024. Turut hadir adalah Cik Noor Shafinaz bt Abd Rashid, Pegawai Hal Ehwal Murid, Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh dan En Mohamed Asri bin Abu Hanipah, Pengetua MTI.
Seramai 55 orang pelajar perempuan sekolah ini telah terpilih sebagai kumpulan pertama penerima vaksin HPV catch-up bagi tahun 2024 daerah Temerloh.
Kanser serviks (pangkal rahim) adalah kanser ketiga tertinggi di kalangan wanita, Sehingga saat ini, kanser ini merupakan satu-satunya kanser yang mampu dicegah dengan pemberian vaksin HPV untuk mengelakkan jangkitan Human Papilloma Virus yang merupakan punca utama kanser serviks. Sebanyak 1 dos suntikan vaksin akan diberikan kepada 3700 orang pelajar perempuan Tingkatan 1,2,3 dan 4 daerah Temerloh bermula pada 21.5.2024 sehingga bulan Oktober tahun ini.
Program Latihan Sukarelawan Orang Asli Peringkat PKD Temerloh 2024
15 Mei 2024-Program Latihan Sukarelawan Orang Asli Peringkat PKD Temerloh 2024 anjuran Klinik Bergerak Orang Asli, PKD Temerloh telah diadakan di Dewan Jelawat, Hotel Seri Malaysia Temerloh yang disertai oleg seramai 26 orang Orang Asli dari kampung sekitar Daerah Temerloh.
Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada sukarelawan berkenaan kepentingan penjagaan kesihatan ibu dan kanak-kanak dan bertindak sebagai pengantara bagi pihak masyarakat Orang Asli dengan anggota kesihatan.
Selain ceramah kesihatan, terdapat juga sesi teori dan amali Basic Life Support dan Chocking Management.Program telah dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh Dr Sharifah Mahani binti Syed Mahar Affandi. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program latihan ini.
Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat PKD Temerloh 2024
19 April 2024- Hari Tibi Sedunia disambut pada 24 Mac setiap tahun bagi memperingati sejarah penemuan bakteria Mycobacterium tuberculosis oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882. Tema Hari Tibi Sedunia pada tahun ini adalah “Yes! We Can End TB” (Ya, Kita Boleh Hentikan Tibi!). Tema ini menyeru sokongan dan komitmen semua individu dan lapisan masyarakat bagi menggembeling usaha, tenaga, kepakaran, inovasi serta meningkatkan pelaburan bagi menghentikan Tibi di negara ini.
Bersempena dengan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh telah pun mengadakan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Dr Sharifah Mahani Bt Syed Mahar Affandi, Pakar Perubatan Perunding Kesihatan Awam yang juga merangkap Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh.
Tujuan sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan terhadap usaha-usaha pencegahan dan kawalan penyakit Tibi. Pengesanan awal dan rawatan bagi penyakit Tibi adalah penting bagi mengelakkan komplikasi yang boleh menyebabkan kematian.
Operasi Ramadhan 2024
14 Mac 2024 -Operasi bazar Ramadan 2024 diteruskan di bazar Lurah Semantan, Temerloh pada 14 Mac 2024. Operasi dimulakan dengan taklimat pembahagian kawasan mengikut zon kepada seramai 14 pasukan pegawai penguatkuasa Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh & MPT. Program ini turut disertai oleh Dato' Khairur Rizal bin Ramli, Pegawai Daerah Temerloh, Tuan Haji Suris bin Mihat, Yang Dipertua MPT, bersama Dr Sharifah Mahani BT Syed Mahar Affandi, Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh. Sehingga 3 Ramadan, sebanyak 161 buah gerai bazar di 3 buah tapak bazar telah diperiksa bagi penilaian tahap kebersihan & amalan pengendalian makanan selamat. Aktiviti pemeriksaan ini akan diteruskan di 7 buah tapak bazar di seluruh daerah Temerloh.
Aktiviti yang dijalankan:
1. Pemeriksaan premis bazar.
2. Edaran risalah tips pemilihan juadah berbuka di bazar Ramadan.
3. Pendidikan kesihatan kepada orang ramai
Orang ramai dinasihat mengamalkan konsep ‘Perhati & Pilih’ sebelum membeli juadah berbuka iaitu memilih premis dengan pengendali makanan yang lengkap dengan pemakaian apron/topi, dan memilih makanan yang ditutup sempurna dalam bekas yang bersih.
TOWNHALL MEETING Penyakit Berjangkit Bersama Pengajar, Pengusaha, Pengendali Pra sekolah , Taska, Tadika & Tabika Daerah Temerloh 2024
14 Mac 2024 -Program Townhall Meeting (THM) penyakit berjangkit adalah merupakan satu usaha libat urus yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam usaha membendung penularan jangkitan penyakit berjangkit seperti HFMD, COVID-19, Influenza, Konjunktivitis dan lain-lain di prasekolah, taska, tadika serta tabika. Program ini juga turut menekankan kepentingan aktiviti pencegahan kecederaan dan bantuan kecemasan kanak-kanak serta aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.
Antara agensi-agensi yang terlibat adalah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kemajuan Masyarakat Malaysia (KEMAS), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga pengusaha-pengusaha taska serta tadika swasta.Kehadiran adalah seramai 120 orang. Program ini telah dirasmikan oleh Dr Sharifah Mahani binti Syed Mahar Affandi, Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh.
'IBOK MEK SIHAT' Bersama Penduduk Orang Asli Kg. Terbol, Temerloh 2024
7 Mac 2024 -Program dimulakan dengan senamrobik. Para peserta kemudian berpecah mengikut kategori lelaki dewasa, perempuan dewasa dan kanak-kanak untuk menyertai aktiviti masing-masing. Anggaran kehadiran adalah seramai 220 orang.
Antara aktiviti yang dijalankan:ceramah & pameran kesihatan berkaitan Kesan Buruk Rokok dan Alkohol , Kanser Mulut, Pemakanan yang sihat, sepak takraw, sukaneka, demonstrasi memasak , pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan (NHSI), pemeriksaan gigi, pemeriksaan pap smear, pertandingan karaoke dan cabutan bertuah
Program ini telah dirasmikan oleh Dr Sharifah Mahani binti Syed Mahar Affandi, Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh. Hadir sama memeriahkan program adalah Yang Beradat Batin Amin, Tok Empat Syamiel dan AJK Kg Terbol.
KOSPEN WOW Agensi JPJ Cawangan Temerloh 2024
6 Mac 2024-Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) WoW (Wellness of Worker) merupakan sebuah program intervensi kesihatan di tempat kerja yang komprehensif bertujuan untuk mengurangkan beban penyakit tidak berjangkit (NCD) serta faktor-faktor risiko yang berkaitan di kalangan warga kerja dengan memperkasakan majikan dan pekerja ke arah gaya hidup yang sihat.
Inisiatif ini merupakan salah satu transformasi perkhidmatan kesihatan awam untuk memastikan penglibatan warga kerja dalam pembudayaan gaya hidup sihat seterusnya meningkatkan kesejahteraan kesihatan.
Saringan kesihatan anggota di JPJ Cawangan Temerloh telah dijalankan pada 6 Mac 2024 dengan kerjasama dari pasukan perubatan Klinik Kesihatan Bandar Mentakab.
Terima kasih & tahniah kepada semua yang telah terlibat.
Konvensyen Kualiti Jabatan Kesihatan Negeri Pahang 2024
4 dan 5 Mac 2024- Konvensyen Kualiti Jabatan Kesihatan Negeri Pahang 2024 telah diadakan di Bilik Seminar Orkid dan Auditorium Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS) yang dirasmikan oleh YBHG Dato ' Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan(Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia.Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh telah menghantar penyertaan sebanyak 2 kumpulan inovasi dan 1 kumpulan Quality Assurance (QA) daripada 25 kumpulan Inovasi dan 25 kumpulan QA yang bertanding.
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Inovasi Ezi Reg ( Easy Registration System-EzyReg) telah mendapat tempat Ketiga bagi Kategori Inovasi Proses/Perkhidmatan dan Teknologi. Tahniah diucapkan juga kepada kepada Kumpulan Inovasi IN4U Temerlove (Portal IN4U PKD Temerloh) dan Kumpulan QA Klinik Kesihatan Temerloh kerana anda juga pemenang kerana berjaya menyiapkan projek dan menyertai konvesyen berprestij ini.
Walkabout Penyakit Berjangkit di Pekan Sehari Lanchang 2024
20 Feb 2024- Unit Kawalan Penyakit Berjangkit PKD Temerloh telah mengadakan sesi walkabout penyakit berjangkit di Pekan Sehari Lanchang untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peningkatan kes-kes penyakit berjangkit seperti HFMD, influenza, Denggi dan Tibi di Daerah Temerloh dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.
Aktiviti seperti edaran risalah dan perbincangan kumpulan kecil yang dijalankan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung di Pekan Sehari Lanchang.
Sambutan Hari Kusta Sedunia 2024 Peringkat Daerah Temerloh
28 Jan 2024- Hari Kusta Sedunia disambut semenjak 1954 dan diraikan setiap tahun pada Ahad terakhir Januari. Pada tahun ini sambutan tersebut jatuh pada tarikh 28 Januari 2024.Tujuan sambutan ini diadakan adalah bagi mewujudkan kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat bahawa penyakit kusta itu masih wujud dan boleh menjangkiti mereka yang berisiko.
Bersempena dengan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh telah pun mengadakan Sambutan Hari Kusta Sedunia Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Dr Sharifah Mahani Bt Syed Mahar Affandi, Pakar Perubatan Perunding Kesihatan Awam yang juga merangkap Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh.
Tema Hari Kusta Sedunia pada tahun ini adalah "Beat Leprosy" atau "Hentikan Kusta". Tema ini menyeru kepada semua individu, masyarakat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama berusaha mencegah dan menghentikan jangkitan Kusta. Hentikan stigma dan diskriminasi terhadap pesakit Kusta.
Sambutan Hari AIDS Sedunia 2023 Peringkat Daerah Temerloh
8 Disember 2023- PKD Temerloh menganjurkan sambutan Hari AIDS Sedunia 2023. Majlis disempurnakan oleh Dr Sharifah Mahani bt Syed Mahar Affandi, Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh.
Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember setiap tahun bertujuan utk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai jangkitan HIV dan langkah-langkah pencegahan serta rawatan terkini ke arah akhiri AIDS 2030. Ia juga merupakan platfom bagi semua pihak mempergiatkan usaha menangani jangkitan HIV/AIDS.
Tema Hari AIDS Sedunia 2023 adalah Komuniti Peneraju Bersama. Usaha akhiri HIV/AIDS bukanlah tanggungjawab KKM sahaja, ia memerlukan kerjasama semua pihak seperti institusi kekeluargaan, keagaamaan, pendidikan dan agensi -agensi lain terutamanya komuniti setempat.
Kempen Kekal Sihat COMBI & KOSPEN Peringkat DUN Kuala Semantan Daerah Temerloh
25 November 2023 - Kempen Kekal Sihat COMBI & KOSPEN Peringkat DUN Kuala Semantan Daerah Temerloh dijalankan di Perkarangan Surau Al-Falah, Taman Keladan Indah mendapat sambutan hangat dari penduduk dengan anggaran hadirin hampir 300 orang.
Majlis dirasmikan oleh YH. Dato’ Ridzuan Hazimin bin Ramli (Penyelaras Dewan Negeri Kuala Semantan) dengan kerjasama PKD Temerloh yang dikelola oleh Dr Sharifah Mahani bt Syed Mahar Affandi (Pegawai Kesihatan Daerah Temerloh).
Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah senaman, gotong-royong, saringan kencing manis dan darah tinggi, ceramah Denggi, pertandingan mewarna dan pameran kesihatan.
Semoga kempen ini dapat memberikan impak positif kesihatan bagi penduduk Taman Keladan Indah.
Taklimat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) & Latihan Simulasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Temerloh Tahun 2023
24 November 2023 - Sebagai persediaan menghadapi bencana banjir Monsun Timur Laut (MTL), Seketariat Pengurusan Bencana Daerah Temerloh telah mengadakan Taklimat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) & Latihan Simulasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Daerah Temerloh pada 24 November 2023 di Dewan Sri Gading, Kg. Sungai Buluh Mentakab. Sesi taklimat & simulasi ini turut dibantu oleh anggota-anggota dari pelbagai agensi seperti PKD Temerloh, Polis Diraja Malaysia Temerloh, Jabatan Bomba & Penyelamat Temeloh, Jabatan Kebajikan Masyarakat Temerloh dan disertai oleh komuniti setempat yang diteraju oleh Penghulu Mukim Mentakab 1, Pengerusi JPKK Sg. Buluh & Pengerusi JPKK Batu Kapor.
Seramai 5 orang anggota Pasukan Perubatan dari KK Bandar Mentakab yang diketuai oleh Dr Tan Lee Pin dan 4 orang anggota Pasukan Kesihatan dari Unit Keselamatan & Kualiti Makanan, PKD Temerloh yang diketuai oleh En. Aziz Bin Awang telah menyertai program tersebut.