Maklumat asas latihan diisi dalam Google Sheet Masterlist Latihan ini (peranan Editor hanya diberi kepada urus setia BPF Perak). Isikan ruangan berwarna putih sahaja.
Bil : dijana secara automatik (formula)
LDP: jika "LDP" maka Borang Penilaian Ketua Jabatan akan dibuka 3 bulan selepas Tarikh Tamat Latihan (dropdown)
Nama Latihan: nama penuh latihan (free text). Digunakan sebagai option pilihan dalam Borang Pencalonan dan Borang Penilaian Ketua Jabatan.
Tarikh Mula dan Tarikh Tamat Latihan: digunakan untuk menentukan tarikh Borang Penilaian Ketua Jabatan dibuka (dd/mm/yyyy)
Tempat Latihan: tempat latihan (free text)
Jenis Latihan: "Dalam Negara" (dropdown)
Kategori Latihan: "Fungsional" jika berkaitan profesion Farmasi. "Generik" jika tidak berkaitan profesion - contohnya bersifat team-building, kepimpinan umum, softskills, pembangunan sahsiah diri, dan sebagainya (dropdown)
Tarikh Tutup Pencalonan: option pilihan dalam Borang Pencalonan akan tamat 5 hari selepas tarikh ini. Dalam kata lain, PTJ boleh menghantar pencalonan sehingga Tarikh Tutup Pencalonan + 5 hari. Option untuk pilih latihan tersebut akan dihapuskan secara automatik daripada Borang Pencalonan selepas tempoh ini.
Nama Urus setia: untuk mengenalpasti urus setia utama latihan (dipaparkan kepada orang yang ada akses kepada Masterlist ini sahaja)
Wujudkan folder latihan anda dalam shared folder Latihan (LDP/POL)
Sediakan salinan Borang Penilaian Keberkesanan Kursus untuk diisi oleh Peserta latihan
Pamerkan Kod QR dan pautan dalam surat pencalonan.
Kod QR untuk Borang Pencalonan boleh didapati di dalam folder SPLB (dalam shared folder Latihan (LDP/POL)).
Edarkan surat pencalonan kepada PTJ mengikut praktis sedia ada.
Muat naik salinan surat pencalonan ke dalam folder "SPLB - Surat Pencalonan".
Sila pastikan penamaan fail pdf tersebut mematuhi format: yyyy.mm.dd - <nama ringkas latihan>
Kandungan folder ini akan dipaparkan di halaman Borang Pencalonan untuk rujukan pantas PTJ.
Rumusan calon boleh didapati di sheet "Senarai Nama Pencalonan" mengikut latihan yang dipilih (dropdown).
Sebarang pindaan boleh dibuat di sheet "Form-Pencalonan" oleh Urus setia latihan.
AKAN DATANG