This page will be presented in Bahasa Malaysia for the ease of its intended audience
Tuan/Puan perlu melengkapkan modul GGM dari Modul 1 hingga Modul 7.
Setiap Modul mempunyai soalan wajib untuk dijawab:
Modul 1 : Pre-test (20 soalan) - markah tidak diambil kira
Modul 2 : Pengukuhan Modul GGM (10 soalan)
Modul 3 : GP Berurusan Dengan Wakil Syarikat (5 soalan)
Modul 4 : GP Penerimaan Hadiah (5 soalan)
Modul 5 : GGM Case studies #1-3 (6 soalan)
Modul 6 : GGM Case studies #4-6 (6 soalan)
Modul 7 : Post-test (20 soalan)
Untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Modul GGM, anda perlu mendapat 37 markah daripada jumlah 52 markah (Modul 2 hingga Modul 7).
Anda boleh ulangi Modul 2 hingga Modul 7 seberapa banyak kali yang anda suka asalkan menggunakan Kod Peserta dan No. KP yang sama. Hanya markah tertinggi akan diambil kira untuk pemarkahan akhir.
Anda akan diberi beberapa senario untuk ditentukan sama ada terdapat isu integriti dengan senario tersebut.
Pada akhir modul ini, anda akan diminta untuk mengunjungi laman Semak Keputusan GGM Online untuk mendapatkan Kod Peserta anda. Kod ini akan digunakan pada setiap modul sehingga selesai.
Anda perlu teruskan ke laman ini untuk mendapat Kod Peserta selepas menyelesaikan Modul 1: Pre-test.
Kod Peserta merupakan kekunci unik yang akan dipadankan dengan nombor Kad Pengenalan anda supaya markah untuk setiap modul yang seterusnya dapat dijumlahkan dengan sempurna.
Tips: Jika anda lupa catatkan Kod Peserta, anda boleh cari semula di laman Semak Keputusan.
Ketahuilah apa yang dimaksudkan dengan Good Governance for Medicines (GGM) dan impaknya terhadap negara.
Ketahui apakah tindakan yang dibenarkan ketika berurusan dengan wakil syarikat.
Adakah anggota farmasi dibenarkan untuk menerima pen dan buku nota daripada syarikat farmaseutikal? Macam mana dengan bakul buah pula?
Marilah menguji pengetahuan anda dalam pelbagai situasi yang akan anda temui sepanjang menjalankan tugas.
Marilah menguji pengetahuan anda dalam pelbagai situasi yang akan anda temui sepanjang menjalankan tugas.
Tibalah masanya anda menguji minda dengan senario sekali lagi. Adakah anda dapat menunjukkan peningkatan berbanding dengan Pre-test?
Anda boleh menyemak maklumat berikut:
Kod Peserta
Markah setiap modul
Jumlah Markah
Keputusan - LULUS/GAGAL