Penggunaan borang ini diwajibkan mulai 1 Januari 2025.
Semua kajian penyelidikan (R&D) farmasi di mana:
Penyelidik Utama (PI) kajian adalah Pegawai Farmasi atau Penolong Pegawai Farmasi yang bertugas di negeri Perak
kajian yang belum berdaftar dengan NMRR
Sebelum mengisi borang, sila pastikan tajuk kajian adalah selaras dengan Pharmacy Research Priorities in Malaysia (PRPM) yang diterbitkan oleh Program Perkhidmatan Farmasi KKM. Kajian yang tiada dalam skop PRPM akan dipertimbangkan secara case-to-case basis.
Semua kajian penyelidikan (R&D) farmasi di mana:
Penyelidik Utama (PI) selain daripada anggota Farmasi yang bertugas di negeri Perak. Contoh:
PI adalah Pegawai Farmasi di negeri Selangor, menjemput Pegawai Farmasi Perak selaku Co-Investigator.
PI adalah anggota CRC Perak (HRPB/HTPG/HSM)
kajian yang sudah berdaftar dengan NMRR sebelum 1 Januari 2025
Namun demikian, sekiranya Penyelidik Utama adalah anggota CRC Negeri Perak dan kajian adalah berkaitan dengan perkhidmatan farmasi, digalakkan untuk mengisi borang notifikasi ini supaya mendapat input daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi JKN Perak.