Jadual keputusan kini disediakan dalam bentuk "full-page"
Mengandungi statistik ringkas penggunaan GGM Online Modul
Jumlah peserta unik
Bilangan peserta yang sudah dan belum Lulus
Fungsi pencarian lebih pantas
"Mobile-friendly" display
Keputusan GGM Online Module boleh disemak melalui kotak-kotak carian yang disediakan.
Berikut merupakan situasi yang mungkin ditemui dan penjelasan lanjut:
Tiada Nama/No. KP/Kod Peserta dalam carian - bermaksud Kod Peserta anda masih belum dijana lagi. Sila beri masa sehingga 24 jam sebelum menghubungi Urus Setia GGM.
Tiada markah untuk modul - bermaksud:
Peserta masih belum melengkapkan modul tersebut; ATAU
Terdapat kesilapan penguncian masuk Kod Peserta atau No. KP semasa membuat modul tersebut. Sila ulangi modul yang tidak lengkap dengan maklumat yang betul.
Keputusan LULUS tetapi masih belum menerima sijil melalui emel - Sila beri masa sehingga 24 jam sebelum menghubungi Urus Setia GGM.
Anda dibenarkan mengulangi mana-mana Modul 2 hingga Modul 7 seberapa banyak kali yang dikehendaki asalkan menggunakan Kod Peserta dan no. Kad Pengenalan yang sama. Hanya markah tertinggi yang akan diambil kira untuk pemarkahan terakhir.
Anda boleh mengulangi mana-mana modul TANPA bermula daripada Modul 1 sekali lagi!
1. Semak keputusan anda. Kenal pasti modul mana yang mempunyai markah terendah (Contoh: Modul 5 anda mendapat 8 markah sahaja).
2. Kembali kepada halaman GGM Online Module dan ulangi modul tersebut (Contoh: Modul 5). Ingat: Gunakan Kod Peserta dan no. Kad Pengenalan YANG SAMA.
3. Selesaikan modul tersebut sehingga tamat.
4. Semak keputusan anda sekali lagi (beri masa sehingga 15 minit untuk dikemas kini). Hanya markah yang tertinggi akan tercatat.
Sekiranya markah baru anda lebih tinggi, markah baru akan tercatat dan digunakan dalam pengiraan Jumlah Markah terakhir. (Contoh: Markah baru = 12 markah --> Catatan markah = 12 markah)
Sebaliknya jika markah baru anda lebih rendah, markah lama tidak akan berubah. (Contoh: Markah baru = 7 markah --> Catatan markah = 8 markah)