Pada 16 Oktober 2023, sekumpulan 30 pelajar Darjah 4 dan Darjah 5 berkesempatan melawat ke pejabat Berita Harian.
Mereka telah diperkenalkan kepada pelbagai tugas yang dilakukan di sana seperti membuat podcast, menyunting dan memetik gambar.
Semua pelajar amat teruja dapat membuat lawatan sambil belajar ke sana.
Ini merupakan kali kedua pelajar Sekolah Rendah West Grove melawat pejabat SPH Media.