Oleh Nurul Amelyana Binte Zaini
WAWANCARA KHAS kali ini akan mengajak para pembaca mengenali dengan lebih dekat lagi salah seorang pelajar di Sekolah Rendah West Grove, iaitu Mysha.
Wartawan: Selamat petang Mysha. Kami telah diberi tugas untuk menemu ramah Mysha untuk penerbitan majalah kami. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana Mysha sudi meluangkan masa untuk kami.
Wartawan: Bolehkah awak maklumkan kegiatan luar darjah yang disertai?
Mysha: Saya menyertai kegiatan badminton. Pada hujung minggu, saya akan bermain badminton dengan abang-abang saya.
Wartawan: Mengapakah awak memilih kegiatan luar darjah ini?
Mysha: Saya memilih kegiatan ini kerana ia menyeronokkan. Pada umur 6 tahun, saya telah menerima sebuah raket badminton. Apabila ayah tidak bekerja, saya akan bermain badminton bersamanya.
Wartawan: Kalau awak diberi peluang untuk menyertai pertandingan badminton, adakah awak akan mengambil peluang itu?
Mysha: Ya, kerana saya tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan. Lagipun, saya ingin membuat ayah saya bangga.
Wartawan: Apakah kegiatan lain yang awak minati selain badminton?
Mysha: Selain badminton, saya juga berminat dalam kegiatan boling. Saya selalu pergi ke Leisure Park Kallang untuk bermain boling bersama keluarga saya.
Wartawan: Apakah perasaan awak ketika bermain boling bersama keluarga?
Mysha: Saya berasa seronok kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga. Tahun ini, saya kurang bermain boling kerana peperiksaan PSLE semakin dekat. Saya perlu belajar dan kurang masa untuk diluangkan dengan keluarga.
Oleh Eryan Erhan bin Mohammad Fauzie
WAWANCARA KHAS kali ini akan mengajak para pembaca mengenali dengan lebih dekat lagi salah seorang pelajar di Sekolah Rendah West Grove, iaitu Calvin.
Wartawan: Selamat petang Calvin. Saya diberi tugas untuk menemu ramah awak untuk penerbitan majalah kami. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana awak sudi meluangkan masa untuk kami.
Wartawan: Bolehkah awak maklumkan kegiatan luar darjah yang disertai?
Calvin: Kegiatan luar darjah yang saya sertai ialah Boys' Brigade.
Wartawan: Mengapakah awak memilih kegiatan luar darjah ini?
Calvin: Saya memilih kegiatan luar darjah ini kerana saya boleh membuat banyak aktiviti dan menolong orang lain.
Wartawan: Bilakah kegiatan luar darjah awak dijalankan?
Calvin: Kegiatan luar darjah saya dijalankan pada hari Sabtu, dari jam 7.40 pagi hingga 10.30 pagi.
Wartawan: Apakah yang awak lakukan semasa sesi latihan?
Calvin: Saya akan berbaris di padang seperti seorang askar.
Wartawan: Apakah kenangan indah yang boleh awak ingat?
Calvin: Kenangan indah yang boleh saya ingat adalah semasa berkhemah dengan kawan-kawan saya.
Wartawan: Apakah kejayaan yang awak kecapi semasa menyertai kegiatan ini?
Calvin: Saya telah berjaya mengumpulkan lencana yang paling banyak.
Oleh Md Farysh Syirhan bin Md Syufian
WAWANCARA KHAS kali ini akan mengajak para pembaca mengenali dengan lebih dekat lagi salah seorang pelajar di Sekolah Rendah West Grove, iaitu Melda.
Wartawan: Selamat petang Melda. Kami telah diberi tugas untuk menemu ramah kamu untuk penerbitan majalah kami. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana kamu sudi meluangkan masa untuk kami.
Wartawan: Bolehkah kamu maklumkan kegiatan luar darjah yang disertai?
Melda: Kegiatan luar darjah yang disertai ialah kelab ukulele.
Wartawan: Mengapakah awak memilih kegiatan luar darjah ini?
Melda: Saya memilih kegiatan luar darjah ini kerana masa latihannya sesuai, iaitu pada setiap hari Khamis.
Wartawan: Pernahkah kamu menulis lagu kamu sendiri?
Melda: Saya belum pernah menulis lagu saya sendiri kerana saya belum tahu caranya.
Wartawan: Di manakah kegiatan luar darjah kamu diadakan?
Melda: Kegiatan luar darjah saya diadakan di Bilik Muzik 2.
Wartawan: Apakah kemahiran yang kamu pelajari dalam kegiatan ukulele?
Melda: Kemahiran ukulele yang saya pelajari adalah bermain ukulele dengan teknik yang betul.
Wartawan: Adakah kamu mahir dalam kegiatan ukulele ini?
Melda: Ya, saya mahir kerana saya sudah belajar bermain ukulele sejak darjah tiga.
Oleh Azza Ashyura Binte Afiz
WAWANCARA KHAS kali ini akan mengajak para pembaca mengenali dengan lebih dekat lagi salah seorang pelajar di Sekolah Rendah West Grove, iaitu Erdyeena.
Wartawan: Selamat petang Erdyeena. Kami telah diberi tugas untuk menemu ramah awak untuk penerbitan majalah kami. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana awak sudi meluangkan masa untuk kami.
Wartawan: Bolehkah awak maklumkan kegiatan luar darjah yang disertai?
Erdyeena: Kegiatan luar darjah yang saya sertai ialah tarian.
Wartawan: Mengapakah awak memilih kegiatan luar darjah ini?
Erdyeena: Saya memilih kegiatan luar darjah ini kerana saya suka menari dan ia sungguh menyeronokkan.
Wartawan: Sejak bilakah awak belajar menari?
Erdyeena: Saya telah belajar menari sejak darjah 2.
Wartawan: Apakah perasaan awak semasa menari?
Erdyeena: Saya berasa gembira dan seronok apabila saya menari.
Wartawan: Adakah awak ingin menyertai pertandingan tarian jika diberi peluang?
Erdyeena: Ya, saya ingin menyertai pertandingan tarian bersama kawan-kawan saya yang lain.
采访朋友 爱上华文
今年的《小记者》,伟群小学母语部在三月假期(三月十四日)为选中小四到六年级的学生,举办了一场小记者营。参与的学生人数高达113位学生。此活动目的是为了激发学生对母语的热爱,并学会用母语采访及记录校园生活。
活动期间,小记者们通过理解新闻稿件的特点,学习新闻编辑技巧完成一篇好的新闻稿。接下来,他们进行角色扮演,通过教师教导的采访的技能进行小组采访。
各年级的采访内容以学校的课程辅助活动为主题,要求学生设计海报,学会如何排版。另外,他们以新闻主播或记者的身份对主题进行介绍,完成户外采访并上台汇报采访的总结。这样的形式既有意义又不失趣味性。
六年级高华班的学生对角色扮演十分感兴趣,他们通过采访练习其口语技能。通过与同学的小组活动,他们更加了解记者的特质和其行业有趣和艰辛的地方。这些活动都让同学们获益良多。
负责老师;吴老师表示:“我们的大环境多数都进英文,所以华文的学习对很多学生来说是一个大挑战。我希望学生可通过成为一名小记者开始,让自己对一些题材感兴趣,渐渐地他们也会对华文产生兴趣。”
நேர்காணல் பயிற்சிப் பட்டறை
14.03.2022
எங்கள் இணைப்பாட நடவடிக்கைகள்
நான் பெண்கள் சீருடை படையில் சேர்ந்தேன். என் பெற்றோர் என்னைச் சேரச் சொன்னார்.
நன்கொடை வழங்கும் நிகழ்ச்சிகளுக்காக நான் ஓவியம் சிலவற்றை வரைந்து விற்க ஆசைப்படுகிறேன்.
நேர்காணல் தொகுப்பாளர்: வெணிஷா
நானும் பெண்கள் சீருடை படையில் சேர்ந்துள்ளேன்.
நான் அக்குழுவில் சேர்ந்தவுடன் எப்படிப் பொறுப்பாக இருக்கவேண்டும் என்பதைக் கற்றுக்கொண்டேன்.
எனக்கு இந்த இணைப்பாட வகுப்பு மிகவும் பிடிக்கும்.
நேர்காணல் தொகுப்பாளர்: அக்ஷா
சுற்றுச்சூழல் பாதுகாப்பு குழுமம்
இமேணுவல் அவினாஷ்
என் நண்பன் இமேணுவல் அவினாஷின் இணைப்பாட நடவடிக்கை சுற்றுச்சூழல் பாதுகாப்பு ஆகும். இவன் மிருகங்களைப் பற்றியும் செடிகளைப் பற்றியும் கற்றுக்கொண்டுள்ளான். பிறகு, இவன் அக்குழுவில் நிறைய மறுசுழற்சி பற்றிய ஒப்படைப்புகளைச் செய்துள்ளான். இது போன்ற நடவடிக்கைகள் என்றால் அவனுக்கு மிகவும் பிடிக்கும். புதிய தகவல்களை இக்குழுவில் இருப்பதன் மூலம் அறிந்துகொள்ளலாம் என்றான். மிருகங்களைப் பேணுவது அவனை மிகவும் ஈர்த்துள்ளது.
-நேர்காணல் தொகுப்பாளர்: ஸ்ரீநிவாஸ்
தமிழ் முரசு நாளிதழில் எங்கள் மாணவி
அக்ஷயாஞ்சலி (6F)