Pertandingan
Keselamatan Mobiliti VIA 2026
Pertandingan Antarabangsa VIA 2026 kini dibuka!
Pertandingan
Keselamatan Mobiliti VIA 2026
Apa itu Pertandingan Keselamatan Mobiliti VIA?
Setiap tahun, lebih 1.19 juta orang terkorban akibat kemalangan jalan raya di seluruh dunia — dan kemalangan jalan raya kekal sebagai punca utama kematian golongan muda berusia 5–29 tahun (WHO, 2023). Lebih 270,000 daripada mangsa ini adalah pejalan kaki, dan ramai antaranya adalah kanak-kanak yang dalam perjalanan ke sekolah.
Realiti ini boleh diubah. Justeru, Program Keselamatan Mobiliti VIA 2026 menjemput sekolah-sekolah seluruh Malaysia untuk melahirkan generasi Duta Murid Keselamatan Mobiliti — murid yang bukan sahaja celik tentang risiko jalan raya, tetapi berani memimpin perubahan di sekolah dan komuniti mereka sendiri.
Apa itu Program VIA?
Program VIA adalah program keselamatan mobiliti antarabangsa yang telah dijalankan sejak tahun 2019, dengan penglibatan 32 buah negara di seluruh dunia. Program ini menyediakan kurikulum bersemuka dan dalam talian untuk meningkatkan kesedaran keselamatan mobiliti di kalangan warga sekolah, dan melantik murid sebagai Duta Murid Keselamatan Mobiliti untuk menerajui kempen kesedaran ini di sekolah dan komuniti masing-masing.
Program ini dianjurkan oleh Arus Academy dengan kerjasama TotalEnergies Foundation (Perancis).
Permohonan: Siapa yang kami cari?
Permohonan Pertandingan Keselamatan Mobiliti VIA 2025 dibuka kepada murid Tahun 5 & 6 dari Sekolah Kebangsaan & Sekolah Jenis Kebangsaan seluruh negara. Hantarkan permohonan anda untuk menjadi duta kami 👇
Rakaman Sesi Maklumat Pertandingan Keselamatan Mobiliti VIA 2026
Sesi Bahasa Malaysia
Khamis, 2 Julai | 2.30pm - 3.30 pm|Zoom Link: https://arus.cc/via26-info1
Selasa, 7 Julai | 2.30pm - 3.30 pm | Zoom Link: https://arus.cc/via26-info2
Isnin, 13 Julai | 2.30pm - 3.30 pm | Zoom Link: https://arus.cc/via26-info3
Sesi Bahasa Tamil
Khamis, 9 Julai | 2.30pm - 3.30 pm | Zoom Link: https://arus.cc/via26-info4
🔗 Klik pautan di bio kami sekarang untuk mendaftar pertandingan ini di http://arus.cc/via2026!