PENERAJU DIGITAL
PENERAJU DIGITAL
Kuala Terengganu Peneraju Pendidikan Digital merupakan inisiatif daerah untuk memperkukuh transformasi pendidikan berasaskan teknologi selaras dengan Dasar Pendidikan Digital KPM. Fokus utama ialah memperkasa guru, murid dan sekolah melalui penggunaan platform DELIMa serta pelbagai aplikasi digital.
Daerah Kuala Terengganu komited menjadi rujukan dalam pendidikan digital melalui pensijilan, pertandingan, perkongsian amalan terbaik serta sokongan kepimpinan sekolah. Usaha ini meletakkan Kuala Terengganu sebagai peneraju dalam membudayakan pendidikan digital di peringkat daerah dan kebangsaan.