DCS
DCS
Digital Competency Score (DCS) merupakan ujian terhadap murid berbentuk gamifikasi (gamification) yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan kewarganegaraan digital.
Teras 1: Murid Fasih Digital
Pelaksanaan DCS bermula pada tahun 2016 dan telah diperluaskan ke semua sekolah di bawah KPM sejak tahun 2019 hingga kini.
DCS juga adalah tunjang utama dalam usaha untuk melahirkan murid fasih digital bagi memenuhi keperluan era digital yang termaktub dalam Teras 1: Murid Fasih Digital dalam Dasar Pendidikan Digital.
Pelaksanaan DCS
Pelaksanaan DCS di sekolah-sekolah akan diselaraskan oleh Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (SSTP) JPN dan Unit Sumber Teknologi Pendidikan (USTP) PPD dengan bantuan penyelarasan di peringkat sekolah oleh Guru Penyelaras ICT.
Penyertaan semua murid dalam kumpulan sasaran sangat digalakkan.
Maklumat Berkaitan DCS
Tutorial Guru
Tutorial Murid
Layari portal http://dcs.moe.edu.my.
Guru kelas yang terlibat boleh memasukkan no kad pengenalan sebagai ID dan 4 digit terakhir no IC sebagai kata laluan.
Cipta Kelas dan isikan kelas tersebut dengan nama pelajar yang terlibat. Guru boleh memuat naik fail CSV Microsoft Excel mengikut contoh format yang disediakan.
Kemudian, login menggunakan no kad pengenalan atau MyKid murid sebagai ID dan 4 digit terakhir sebagai kata laluan.
Maklumat berkaitan DCS boleh rujuk di sini: https://linktr.ee/jomdcs
Murid-murid yang telah berjaya melaksanakan DCS layak mendapat pengiktirafan dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) di peringkat negeri.